Selasa, 5 Julai 2011

wangiiiiiii

Beauty and Health Products


saya baru je start jadi agen untuk barangan kecantikan, kesihatan dan perfume.  yelah daripada tak buat apa-apa baik berniaga...ada jugak faedahnya.

kat bawah ni adalah antara barang2 yang saya jual...ehemm...masih belum ada masa nak upload semua...

Chic Set For Girl (Code Product : CS)

SM : RM 25.00 / SS : RM 27.00 - free postage

Perfume 1 : Pop My Berry
Perfume 2: Look At Me Blossom
Perfume 3: Fall In Love With Me
Perfume 4: You’ll Remember Me


Set 1 Green for WOMEN Mini (Code Product : W1 MINI)

SM : RM 25.00 / SS : RM 27.00 - free postage

Inspired by Escape, Calvin Klein
Inspired by Pleasure, Estee Lauder
Inspired by Apple Blossom, Body Shop
Inspired by Cool Water for Women, Davidoff


Set 2 for WOMEN Mini (Code Product : W2 MINI)

SM : RM 25.00 / SS : RM 27.00 - free postage

Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
Inspired by Envy, Gucci
Inspired by Intense, Hugo Boss
Inspired by Heaven, One Drop Perfumes

p.s: cuma nak info jer...nak buat 1 blog khas untuk promosi barangan ni semua nanti saya linkkan dari blog ni...

Isnin, 4 Julai 2011

Menjana wang segera - impian semua orang, hanya segelintir yang berjaya. Bolehkah ia benar-benar dilakukan oleh semua?

Wang Segera 

Terdapat beribu-ribu laman web dan eBook yang memberitahu anda boleh mendapat ribuan ringgit sehari dengan bekerja secara online, jika anda hanya akan membeli eBook mereka dengan formula ajaib bagi hanya 49.99 dolar atau lebih! Adakah ini benar? Terdapat banyak penipuan yang menggunakan hype hingga menyebabkan anda membelanjakan wang yang anda dapatkan dengan susah payah. Mereka yang termakan tipu helah sedemikian terpaksa menyalahkan diri sendiri kerana telah ditipu dengan mudahnya. Tidak ada jalan pintas untuk dalam menjana kekayaan secara online. Ia sama seperti kehidupan yang sebenar, di mana anda bekerja keras dan mendapat habuan anda.

Sama seperti dalam kehidupan sebenar, anda perlu menggunakan kemahiran yang anda ada dan juga perlu mendapatkan kemahiran yang baru. Sama seperti dalam masa bekerja sebenar, anda perlu bekerja dalam jumlah tertentu dalam sehari untuk mencari nafkah anda secara online. Dan seperti dalam kehidupan sebenar, hanya pekerja yang mengkaji tugas mereka dengan baik, jujur dan bekerja keras serta mahir akan berjaya dan mendapat pendapatan yang besar secara online.

Bab seterusnya akan dinyatakan pelbagai cara anda boleh menjana wang online untuk setiap jam yang anda gunakan semasa online Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang sudah bekerja secara online dari rumah masing-masing . Anda boleh menjadi bos anda sendiri, memutuskan berapa jam anda ingin bekerja dan mendapat bayaran melalui sistem antarabangsa seperti PayPal atau melalui cek dalam mata wang tempatan anda.

Ingat, dunia hari ini adalah dunia rangkaian sosial. Internet telah membantu memperluaskan ilmu pengetahuan anda dengan hanya di hujung jari. Walaupun anda rasa anda tidak mempunyai pendidikan formal dan latihan, jika anda mempunyai kemahuan, anda boleh belajar dengan cepat. Anda boleh menggunakan kebolehan berbahasa Inggeris, keupayaan anda untuk menggunakan Internet dan "social circle of friends" untuk membangunkan kemahiran anda. Dan kemudian anda sekurang-kurangnya boleh mula memperolehi pendapatan dengan segera melalui perbincangan dan perkongsian maklumat bersama-sama kawan anda dengan menggunakan media seperti forum.


(terjemahan dari e-book bahasa Inggeris haha...pelik ke bunyinyer?)


bersambung>>>>

Ahad, 3 Julai 2011

Nak Guna Yang Branded ke?Yang Biasa je?

Adoii... pening jugak kepala memikirkan...nak guna yang branded ke yang biasa je?  Yang tak berapa nak branded tu masih baik je conditionnyer.  Tapi hubby dah beli yang baru pulak...branded pulak tu?..so...tengah fikir la ni nak guna yang branded  ke?...atau yang biasa je sebab yang biasa tu dah guna satu.

Hmm... kalau guna yang branded, raser membazir la pulak sebab yang biasa tu belum habis guna lagi...macamana nak decide ni...agak-agak kalau orang lain akan buat keputusan yang macamana ye?

Taaapiii...yang branded ni famous tau..selalu je ader iklan kat TV...  Perasaan teringin nak guna membuak-buak...eiii...dah teringin sangat nak pakai yang branded ni...tapi perasaan tu berbelah bagi sebab tak nak membazir...uuu...kalau nak tau apa yang branded dan yang tak branded tu, klik je kat SINI... hehehe...