Rabu, 16 Januari 2013

Perubahan Yang Istimewa (My special kids)

dah lama tak buat entri... rasa malas & takde idea.  lagipun sekarang aku agak sibuk menguruskan anak2ku yang telah disahkan dengan ASD (Autistic Spectrum Disorder) pada tahun lepas.  Pada mulanya hanya anak ke-2ku yg didiagnose, tetapi setelah mendapati ciri-ciri yang serupa pada anak sulungku barulah aku membawa anakku berjumpa child psychiatrist.  Ketika anak ke-2ku disahkan dengan ASD, aku masih boleh tersenyum dan hanya bergenang air mata.  Aku hanya menangis ketika sampai di rumah.  Namun 3 minggu kemudian, anak sulungku juga disahkan dengan ASD, selepas keluar dari bilik doktor, aku menangis semahu-mahunya.  Aku rasakan hatiku remuk & seluruh duniaku hancur.  Ketika itu aku hanya memikirkan apa yang akan terjadi pada anak-anakku?  Bagaimana masa depan mereka?  Mampukah aku?  dalam pada itu aku sempat menghantar SMS kepada kakak & abangku memaklumkan tentang diagnose itu. Mereka menyuruh aku bersabar dan mengatakan, aku insan yang dipilih oleh Allah kerana aku mampu.  Kata Abangku pula, Allah menurunkan ujian hanya pada hambanya yang mampu.  Aku tersentak bila membaca mesej dari Abangku & rasa berdosa kerana terlupa bahawa ini semua ujian dari Yang Maha Esa.

Kini diagnose itu telah merubah aku, aku semakin tabah & kini setiap gelagat anak2 ku bagiku amat menghiburkan.  Jika dulu, aku akan mudah marah sekiranya mereka buat perangai sama ada tantrum & meltdown yang selalunya mengambil masa yang lama untuk ditenangkan.  Anak sulungku jika menangis, biasanya susah hendak berhenti, kadang2 hingga 1/2 jam walaupun aku berusaha memujuknya.  Pertuturannya juga pelat tidak seperti kanak2 seusianya.  Jika ditanya dia akan mengulang soalan yang ditanya.  Begitu juga dengan anak ke-2ku, kadang-kadang hanya kerana tidak suka dengan baju yang aku pakaikan dia akan menangis sambil menghantuk kepala di lantai atau di dinding & mencakar mukanya sendiri atau adiknya.  Sekarang aku sudah tahu yang ank ke-2ku tak suka langsung baju lengan pendek.  Aku hanya memakaikannya blouse lengan panjang dan baju kurung.  dia juga amat menyukai baju berwarna pink & mainan blok yang berwarna hijau muda.  Setiap kali mereka menangis,aku akan memeluk mereka dengan erat & mengurut-urut belakang untuk menenangkan mereka.  Sehingga kini cara itu berkesan untuk menghentikan tangisan mereka.

Tahun ini,ke dua-duanya sudah bersekolah.  yang sulung darjah 1, & yg ke-2 pra sekolah di sekolah yang sama iaitu PPKI Sk. Jalan Bintang, Miri.  Aku seronok bila anakku yang sulung mengatakan "I'm happy at school mak...".(itupun setelah berkali-kali aku bertanya & menerangkan maksud soalanku :p) Jadi maksudnya dia serasi bersekolah di situ.  Manakala anak ke-2ku masih belum dapat menyesuaikan diri dan menangis bila aku tingalkan di sekolah.  Anak ke-2ku masih belum bercakap.  Kadang-kadang dia akan menyanyi meniru lagu yang didengar semasa bersendirian, tetapi dia akan terus senyap jika mendapati ada orang lain berhampiran.  Bulan 11 yang lepas dia boleh memberitahu jika hendak ke tandas.  tapi, masuk bulan 12-2012 tiba-tiba dia tak bercakap lagi.  walaupun rasa agak sedih, aku cuba berfikiran positif, mungkin itu hanya sementara.

kini ada satu yang merisaukanku, anak ke-3 ku juga ada ciri-siri yang sama, menghantuk kepala bila menangis, memukul muka sendiri jika diganggu oleh abangnya, masih belum dapat bertutur walaupun sudah berusia 2thn 8bln, dia juga akan memukul & menampar aku jika marah.  Aku pasrah jika ditakdirkan ketiga-tiganya begitu, kerana Allah Maha Mengetahui.  Setiap apa yang Dia kurniakan, pasti yang terbaik untuk makhluknya...  Terima kasih Ya Allah kerana dengan anugerahMu aku semakin penyabar & semakin tabah.  yang pasti, kasih sayang Mak untuk anak-anak Mak, Nawwar Syarifuddin, Nur Diyanah & Ammar Zakwan takkan pernah berkurang.. love u all so much!!

Kini .