Hari ni hari ke lima Nawwar tak bermain di luar dengan 'kawan'. Dia nampaknya macam dah tak peduli lagi bila dengar suara budak-budak lain di luar yang menjerit-jerit bising berkejar-kejaran. Hari pertama hingga hari ke tiga dia masih meronta-ronta minta dibukakan pintu, tapi hari ni aku dan suami dah cuba cara lain supaya dia tak cepat bosan di rumah.
Hari ni, lepas balik dari sekolah, kami singgah di Taman Awam Miri yang kebetulan tempat tu memang sebahagian dari route perjalanan ke sekolah Nawwar dan Diyanah.
Hingga hari ke lima hari ini, Nawwar banyak perubahan yang positif, semakin caring dengan adik-adiknya, mudah buat apa yang di suruh, tak banyak melawan, yang paling aku suka sekali, bila buat kesalahan dan dihukum berdiri dekat dinding, dia akan buat walaupun sambil menangis-nangis minta maaf. Sebelum ni, nak hukum pun tak dapat, dia akan mengamuk baling barang pukul adik-adiknya sampai mereka menangis-nangis.
Sebelum ni nak minta maaf pun susah, dipaksa barulah nak, itupun gerenti menggelupur sambil tendang sana sini... selalu pecahkan barang. Entahlah kenapa dia jadi macam tu, tapi bila dia dah tak main kat luar, dia makin senang dibentuk, selalu tunjukkan kasih sayang pada kami dan adik-adiknya. Aku tak menuduh dia jadi macam tu kerana pengaruh kawan-kawan... Tapi entahlah, budak-budak zaman sekarang, banyak terpengaruh dengan filem yang mereka tonton. Wallahua'lam... Hanya Allah yang tau. Selama ni kami memang tak pernah ajar dia mencarut, sebut bodoh dan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Anak aku pula, nak kata melalui filem yang ditonton, dah lama dah TV kami rosak. Memang tak tengok TV pun. Kalau balik kampung barulah tengok TV. Biarlah takde TV, kalau tak memang diorang jadi asyik tengok TV dan sukar nak keluarkan mereka dari dunia mereka sendiri.

Taman Awam Miri
Bila sampai kat sana Nawwar terus suruh aku cepat-cepat jalan atas jambatan gantung tu...rasa seronok bila jambatan tu berayun-ayun bila kami berjalan di atasnya. Adiknya Ammar laju je lari ikut abangnya.
Nawwar minta diambil gambarnya di tangga. Seronok betul dia tiap kali kami pergi ke sini.
Gelongsor yang paling digemari Nawwar
Puteriku Nur Diyanah