Selasa, 1 Oktober 2013

What if?

Dah lama gak tak update blog.  Baru hari ni ada idea nak menulis, itupun selepas kejadian malam tadi dan pagi semalam yang benar-benar memberikan kesan pada aku.  Malam tadi...  sebelum maghrib, aku tiba-tiba diserang asthma selepas serangan terakhir bulan puasa yang lepas.  Dalam keadaan sesak nafas aku gagahkan diri melayan kerenah ketiga-tiga anakku.  Nawwar yang sulung entah kenapa pulak malam tadilah dia yang paling banyak tanya, tak sampai 5 minit dia tanya lagi dan lagi macam-macam soalan.  Dahlah aku dalam keadaan semput, terpaksa jugak menjawab walaupun hanya dengan perkataan "ya...aha.. yelah tu...betul tu..." hihihi...walaupun kadang-kadang soalan dia kurang jelas didengar dek kerana semput.

Diyanah yang no.2 tu lak lari sana sini,sekejap-sekejap duduk tepi aku tersengih-sengih geletek aku, cucuk pinggang aku... aduhai...sabarlah hati,... pastu adik dia lak lari-lari jugak sekejap-sekejap datang kat aku mintak dukung, pastu bergayut kat belakang, peluk leher aku... hampir pitam dibuatnya dalam keadaan semput macam tu...

Peristiwa pagi semalam lak, Diyanah tiba-tiba mengamuk yang sangat-sangat menakutkan aku.  1st time aku tengok dia mengamuk sebegitu.  Lepas mandi pagi dia menangis sambil menghempaskan diri (yang ini perkara biasa bagi aku) lepas tu aku tetap pakaikan dia baju.  Waktu nak sikat rambut dia tiba-tiba dia menjerit macam singa lapar dia cuba gigit tangan aku.  Dia cuba tarik tangan aku dan berusaha nak gigit, sampai berpusing-pusing aku nak mengelak tapi aku tetap ikat rambut dia.  Pastu aku keluar dari bilik dan pakaikan baju Nawwar, (diorang ni boleh je pakai baju sendiri, tapi slow sangat, tambahan pulak bab nak pergi sekolah tu memang diorang tak suka,terpaksa la aku pakaikan diorang baju, kalau tak, walau disuruh sampai berbuih mulut diorang takkan pakai baju sekolah tu).

Berbalik pada kisah Diyanah, lepas aku keluar dari bilik, tak lama lepas tu aku dengar si adik yang baru je bangun tiba-tiba menangis sekuat-kuatnya!  Tergamam seketika bila dengar, sebab selama ni memang tak pernah dengar dia menangis kuat camtu, walaupun Diyanah pernah cakar pipi dia sampai berdarah, dia nangis kejap je.  Aku dan suami cepat-cepat masuk bilik nak tengok.  Ya Allah! terkejut tengok bekas gigitan yang sangat dalam kat pipi dia.  Tapi syukur tak luka.  Aku pandang Diyanah, dia jeling aku sambil menjerit-jerit macam dirasuk, matanya terbelalak hampir nampak mata putih je.  Aku takut tengok dia macam tu, tak pernah dia mengamuk sampai tahap macam tu.  Pastu dia tiba-tiba hantuk kepala atas simen.  Kuat betul bunyinya.  Aku pukul punggung dia... huhu dah tak tau nak buat apa dalam situasi tu.  Aku tanya "kenapa gigit adik?"  huhu macam la dia dapat jawab, dahla dia memang tak bercakap.   Lepas pukul punggung dia aku peluk dia walaupun dia menggelupur tak nak dipegang.  Aku baca Ayatul Kursi, aku cium pipi dia, perlahan-lahan dia berhenti menggelupur.  Beberapa minit lepas tu dia tiba-tiba senyum macam tak ada apa-apa yang berlaku.  Pagi semalam memang havoc, rumah kami bising dengan jeritan Ammar, Diyanah dan Nawwar yang terkejut bila tengok adik-adiknya menangis.

Kelakuan Diyanah semalam memang buat aku trauma,  tapi dia tetap anak aku, walau apapun terjadi, aku tetap sayang dia no matter what.  Malam tadi dia ok, sengih-sengih macam biasa.  Pastu, tengah malam tadi lak suami aku tiba-tiba sakit lagi...  Dalam keadaan aku yang semput, dia lak kena batu karang lagi.  Last kena sebelum bulan puasa hari tu.  Kesian tengok dia berkerut-kerut dahi menahan kesakitan.  Walaupun dah makan ubat, berjam-jam dia tahan sakit baru kesakitan tu hilang.     Keadaan tu membuatkan aku terfikir, kalau jadi apa-apa kat kami berdua suatu masa nanti, anak-anak macam mana?  Diyanah yang paling merisaukan aku,  ada ke orang yang dapat tahan dengan perangai dia yang macam tu?  Nawwar lak walaupun bercakap sikit-sikit, mampukah orang nak jaga dia kalau dia buat perangai baling-baling barang, rosakkan barang-barang?  Si Ammar lak, kalau mengamuk, dia pukul-pukul diri sendiri sambil mengamuk kita pun akan dipukul dan dibaling dengan apa saja barang yang ada kat tangan...Ya Allah risaunya...Ya Allah sihatkan aku dan suamiku, panjangkanlah umur kami supaya dapat menjaga anak-anak kami...Bantulah kami supaya dipermudahkan mendidik anak-anak kami agar mereka dapat berubah menjadi lebih baik...Aamiinn...

** hoho hari ni diorang tak dapat gi sekolah atas masalah kesihatan mak & abah diorang huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...