Ahad, 13 November 2011

Merepek dan Merapu Lagi-kos hidup makin tinggi!!!aduhai...


Hmm...semenjak dua menjak ni, aku tengah bengang ngan kenaikan harga barang yang melampau.  Aku sakit aty...huhu...telur satu set bulan lepas RM9.80, sekarang dah RM 11.00...Adoiyai...Sakit aty..! Oat jenama Captain Oats yang 1.2kg tu selalu beli RM9.50, sekarang dah RM 12.50.  Grr...sakit aty!!!

Kalaula para peniaga tu tiap kali nak naikkan harga barang mesti tulis surat tunjuk sebab beserta ngan bukti sekali kan best!!!  Takdela diorang sukati naikkan harga barang.  Contohnya kalau diorang bagi alasan disebabkan kenaikan kos penghantaran, diorang kena tunjukkan resit pembayaran untuk kos penghantaran tu sekali beserta ngan surat tunjuk sebab, dengan pengiraan kos dan jumlah keuntungan yang diorang dapat dengan kenaikan harga barang tu...Hmmm.... gerenti best kan.  Tapi, resit ni senang-senang je diorang boleh tipu...huhu...takleh jadi jugak...

Huhu,...geram sangat, tiap kali dalam budget tahunan ada kenaikan gaji atau bonus, tak semena-mena peniaga pun berlumba-lumba naikkan harga barang.  Konon nak untung lebih... cehhh...  Cuba diorang fikir, kalau harga tak naik, pelanggan yang naik gaji tu kan mempunyai kuasa beli yang lebih.  Jadi pelanggan akan beli barang lebih banyak sebab harga barang murah.  Untung untuk diorang pun lebih sebab barang laku.  Sekarang ni, RM50.00 macam RM5.00 je ...hmmm.... apa nak buat... nilai duit makin turun.  Lama-lama nanti jadi cam zaman jepun dulu, kata arwah abah, nak beli sekati beras, guna seguni duit jepun... aduhai... dunia...dunia...

Tiada ulasan:

Catat Komen

komen la sikit...