Isnin, 30 Mei 2011

NASIB BAIK TAK BELI...HUHU

Fuh! dah lama tak update blog ni.  saya terpanggil nak update entry kat blog ni sejak menerima e-mail yang mencurah-curah dari affiliater yang jual software kononnya dapat menjana wang dengan hanya 3 click je.  Macam baguuss je bunyinyer kan?  Semuanya bermula bila saya suka-suka klik iklan 1,2 dan banyak lagi. Seronok tengok angka yang tak masuk akal kat website tu.  Ingatkan nak klik suka-suka je.  Sekali bila bukak e-mail seminggu kemudian saya rasa pelik kenapa load pun slow je.  Bila dah dapat buka e-mail...NAH!!!  sekali 300+ e-mail kat dalam inbox.  Ingatkan saper la yang e-mail, rupa-rupanya e-mail dari affiliater website tu.  Jenuh jugak nak me'ndelete' semua email tu.  Terpaksa check one by one takut-takut terdelete e-mail yang penting pulak.  Sambil-sambil delete tu, sempat jugak klik kat link dalam e-mail tu lagi.  Hahaha...tak serik-serik, yelah kan, mana tau software yang diorang jual tu memang yang real deal kalau nak beli.  Nasib baik saya terfikir nak tengok real review orang-orang yang dah beli software/system tu kat  sini.  Saya baca komen yang kat bawah website tu dan ramai pembeli produk ni marah dan nak refund duit diorang balik.  Bila baca komen kat web ni pulak, rupa-rupanya hanya hosting berbayar je yang dapat guna software ni.  Nasib baik tak beli...huhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...