Selasa, 31 Mei 2011

Resepi Roti Lembut Tanpa Marjerin/Butter

Saya ni jenis yang suka sangat mencuba resepi baru yang biasanya saya copy dari internet...tapi biasanya saya hanya suka pastri/kek saja.  Lauk pauk pulak saya tak berapa suka sebab biasanya saya jumpa resepi yang bahan-bahannya terlampau banyak.  Leceh pulak rasanya.  Sebab tu saya suka buat kek dan roti, mudah dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak.(malas sebenarnya..hahaha)


Minggu lepas kakak saya kongsikan resepi roti yang lembut yang dia dapat dari internet.  Mula-mula macam tak percaya bila dia cakap tak perlukan dough softener buat roti ni.  Saya pun cubalah buat dengan resepi yang kakak saya beri tu dan saya buat roti berinti mentega. Bila dah masak, tengok macam keras je.  Sebaik je roti tu dikeluarkan dari oven saya terus sapu marjerin.  Bila tengok permukaannya memang nampak keras.  Hati saya rasa macam dah "heartbreaking".  Hmm...betul ke resepi yang akak saya bagi ni?  Saya mengomel sendirian bila tengok rupa roti tu.  Rasa memang frust sangat sebab ingatkan roti yang saya buat tu tak menjadi.  Saya biarkan roti tu supaya sejuk sedikit.  Bila roti tu dah sejuk sikit, saya pun cubalah koyakkan roti tu nak tengok tahap kelembutannya macamana.  Terjerit kecil saya bila pegang roti tu, aduhai! lembutnya!  rasa macam roti yang dijual kat kedailah!  Punyalah seronok, siap tangkap gambar lagi dan terus send kat kakak. Hahaha...alahai...seronoknya, sampai keluar air mata sebab tak pernah buat roti selembut ni...


Terharu beb!  sebab selalunya buat roti selembut ni pun guna dough softener.  Tapi resepi ni tak perlukan semua tu, cuma air suam/susu suam, (masa saya buat 1st time hari tu saya tak guna susu suam, saya guna air suam je),minyak masak, gula, yis, garam skit dan 1 biji telur.  Mudahnyerrrr!!!!




Soft Bread


1/4 cawan/cup minyak masak
6 cawan tepung gandum
2 cawan air suam/susu suam
1 1/2 sudu makan yis kering
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur (kalau nak buat roti sandwich tak payah guna telur)


Masukkan gula dalam air suam/susu suam kacau sampai hancur.  Masukkan yis, kacau sikit.  Biarkan hingga berbuih.  Masukkan garam, telur dan minyak.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Adunan doh roti ni sebenarnya terlalu lembut dan melekit, sebab memang adunan untuk resepi ni macam tu.  Uli sekejap (saya uli tak sampai 20 minit sebab terlalu lembut yang penting sebati. Kalau susah nak uli, taburkan tepung sikit-sikit semasa menguli. Jangan terlalu banyak, agak2 1/2 sudu makan)  Masukkan dalam mangkuk yang dah di sapu minyak dan biarkan kembang.  Lepas tu suka hatilah nak buat roti apa pun.  Roti sandwich ke, roti berinti mentega ke, sebab doh ni sesuai untuk hampir semua jenis roti.  Kalau roti dah masak, cepat-cepat sapu marjerin kat permukaannya.

8 ulasan:

  1. Garam ke gula? Susu suam tu yg mcm mana? Susu kotak yg dipanaskan ke atau susu tepung campur air suam?

    BalasPadam
  2. Macamana nak masak?

    BalasPadam
  3. Suhu brpa...
    Brpa minit...

    BalasPadam
  4. Klu pki susu cair d pnskn blh ke

    BalasPadam
  5. Saya selalu buat donut guna resipi ni..hehe. memang lepas goreng. Nampak keras macam batu. Bila dah sejuk, fuh.. Macam donut big apple gitu. Lembut gebuss

    BalasPadam

komen la sikit...