Khamis, 22 September 2011

soalan yang tak pernah terfikir

9.55p.m tadi aku sedang cuba melelapkan mata....Maklumlah tengah demam, batuk-batuk dan selsema, teringin rasanya nak merehatkan mata agak awal pada malam ni.  Tetiba kakak aku call suh aku online nak cari jawapan untuk soalan kerja rumah anak dia.  Aku yang dalam keadaan yang agak terganggu pun tanya dia apa soalan tersebut maklumlah nak berehat tetiba disuruh bangun untuk cari jawapan kerja rumah anak die pulak.  Dalam pada tu, kesian gak sbb rumah die memang takde line berukband, nak pasang stimix pun tak dapat.

Soalan : Pada tahun berapakah kereta pertama Malaysia dilancarkan?

Aku yang masih dalam keadaan malas nak bangun semberono je menjawab, "rasa-rasanya tahun 1983, kalau tak pun 1987".  Tapi aku takut pulak jawapan aku tu salah, jadi aku pun terpaksa lah bangun,on lappy dan cari kat Google.  Nasib baik aku tak bagi jawapan salah kat kakak aku tadi...rupa-rupanya ini jawapan dia...

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara.


Kalaulah aku bagi jawapan 1987 tadi, bukannya Proton Saga yang dikeluarkan masa tu, tapi Proton Aeroback...huhuhu...ni dia yang aku copy dari wikipedia tadi...


Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.


Kalau masa aku sekolah rendah dulu, tak pernah terfikir pun kereta Proton Saga tu menjadi soalan kerja rumah sebab masa aku sekolah rendah dulu, kereta tu baru je dilancarkan.  Aku sekolah rendah umur 5 tahun pada tahun 1984...Jadi kereta tu dilancarkan semasa aku darjah dua....wawaaaa....tak sangka masa begitu cepat berlalu...

Masih ingat lagi pertama kali nampak kereta Proton Saga melintas di hadapan aku dan kawan-kawan aku, rasa bangga yang amat sangat menyelubungi diri sebab Malaysia berjaya menghasilkan kenderaan sendiri.  Sekarang, walaupun sudah terlalu lama zaman itu berlalu dan kereta tu masih ada melintas di sana sini, perasaan bangga tu dah agak kurang sikit sebab ada kereta proton baru yang lagi canggih hahahaha....namun, walaupun dah lama, Proton Saga tu kalau buat skirting ngan bumper depan yang cantik...ia tetap mampu menawan mata yang memandang.

Sekian terima kasih...nampaknya aku tak jadi tidur awal malam ni...huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...