Isnin, 31 Oktober 2011

Indahnya malaysiaku...

Haha...sebenarnya tajuk kat atas tu takde kena mengena ngan entri aku kali ni...dah lama tak update blog.  Sibuk ngan anak-anak, kalau ada idea, tetiba je ilang kalau anak-anak meragam masa nak tulis.

Aku just nak luahkan perasaan je kali ni.  Aku terkejut beruk dengan kenaikan harga barang keperluan yang naik mendadak sejak akhir-akhir ni.(nasib baik tak jadi beruk)  Aku selalu pergi kedai peberet aku kalau nak beli barang sebab kat situ harga lebih murah berbanding kat kedai lain.  Tapi, kedai tu dah tak jadi peberet sangat sejak minggu lepas.  Aku macam nak pitam tengok harga barang keperluan yang naik dalam lingkungan RM1-RM2.  Rasa cam nak nanges pun ader.  Dari harga beras, serbuk pencuci, minyak masak, tepung, telur...semua naik...serbuk pencuci yang aku selalu beli yang 3kg RM 8.90, sekarang dah naik RM10.90...hmm...tak tau nak kata apa...kalau dalam 2 bulan lepas harga barang tu RM7.00, sekarang dah naik jadi RM9.00.  Aku betul-betul tak sangka harga naik sampai camtu sekali.

Aku terfikir macamana la keadaan keluarga yang betul-betul susah dan miskin.  Contohnya kalau diorang selalu budget RM100-200 untuk beli barang dapur, kalau dengan kenaikan harga camni...agaknya macamana nasib diorang ek?  Tambahan pulak kalau yang ada anak-anak kecik. Kesian kan?  Sedangkan aku yang berpendapatan sederhana ni dah terpaksa buat catuan dengan kenaikan harga barang ni....Oh...Indahnya Malaysiaku...

Aku pernah hidup susah masa kecik dulu.  Ayah kerja nelayan.  Walaupun dapat makan nasi 2 kali sehari(tengahari dan malam), sebenarnya itu ajelah makanan seharian kami.  Lepas makan nasi, terpaksa tahan perut menunggu hingga makan malam.  Kalau sarapan, kami makan sagu ngan ikan salai.  Kadang-kadang, kalau beras habis, kami makan lemantak yang di cicah ngan sambal dan makan sagu.  Biasanya, kalau musim tengkujuh, kami akan makan nasi yang dituang ngan air teh.  Lepas makan tengahari, biasanya aku,kakak ngan adik aku akan merayau keliling kampung cari buah kemunting, buah "berusak"(dalam bahasa melanau, tak tau lak dalam B.M camner.buah kemunting ngan buah berusak ni kecik je sebesar hujung jari tengah).  Kami letak dalam daun jeringin yang dibuat macam  topi.  Kami akan kumpul banyak-banyak sebagai makanan ringan sementara menunggu makan malam.  Sambil-sambil tu survey buah yang hampir masak untuk dipetik pada keesokan hari.  Itulah yang kami buat sampai ke petang...

Hmm.. itu kalau kat kampung, kalau orang yang susah tu tinggal di kawasan bandar macamana pulak ye?  Kesian betul orang miskin yang dah betul-betul susah, bertambah pulak susah dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang ni.... Aku hanya mampu berdoa semoga rezeki diorang akan sentiasa dicukupkan oleh Allah...Aaminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...