Rabu, 18 September 2013

My beautiful childrens

Nawwar dan Diyanah 


Pagi ni aku terbangun pukul 2 pagi,tak tau kenapa mata aku terus segar walaupun cuba melelapkan mata.  Entah kenapa tadi tiba-tiba terkenang liku-liku sepanjang membesarkan anak-anak istimewaku.  Tipulah kalau aku kata aku tak pernah menangis, tak pernah tertekan... Aku pernah hampir-hampir berputus asa, tapi cepat-cepat aku istighfar dan bina semangat baru.  Kadang-kadang rasa cemburu timbul melihat anak-anak orang lain yang jumlahnya lebih ramai dari anak aku dan kesemuanya normal.  Tapi tak bermakna aku tak bersyukur dengan ketiga-tiga anugerah yang Allah kurniakan untuk aku... Melihat anak-anak orang yang nomal berborak-borak bergurau senda berkongsi cerita, membuatkan hati rasa teringinnnn sangat anak-anak aku pun jadi macam tu...aku pun cakap kat diri sendiri, aku nak cuba didik anak aku jadi macam tu!  Tak 100% macam budak normal, 70% pun cukuplah... kataku nak menyedapkan hati sendiri.  Tapi hakikatnya, bukan mudah nak mendidik mereka jadi macam tu.  Hasil yang aku harapkan memang bukan mudah untuk mencapainya kerana hampir semuanya bergantung kepada penerimaan anak-anakku dan cara didikan yang tepat.  Kenyataan yang harus aku terima, anak-anak aku dan anak-anak orang tak sama!  Setiap kali mengajar mereka memang perlu guna macam-macam kaedah, trial and error memang dah jadi lumrah.  Kalau berjaya, memanglah hati akan berbunga-bunga seronok tak terkata... Kalau tak menjadi, alamatnya termenunglah aku  memikirkan di mana silapnya cara yang aku buat.

Nawwar dan Ammar

2 hari yang lepas, anakku yang bongsu tu pulak buat hal, tetiba kencing dalam gelas... aduhai... jadi tarzan la jugak aku hari tu.  Terkejut yang amat sangat sebab dia tak pernah buat macam tu.  Si kakak pulak semakin hari semakin merisaukan aku.  Dulu Diyanah suka meniru/mengulang-ulang percakapan.  Apa yang dia dengar dia akan sebut berulang-ulang.  Sekarang, makin susah nak dengar dia bercakap, dalam sebulan paling banyak 2 kali dengar dia sebut beberapa patah perkataan.  Selebihnya dia hanya diam, senyum je memanjang.  Tapi ada perkembangan yang baru, dulu dia paling tak suka kalau aku beli set permainan masak-masak untuk dia sebab dia lebih suka kereta.  Sekarang ni, tiba-tiba je dia angkut peralatan buat kuih aku, bawak ke ruang tamu.  Paling lucu bila dia kunun-kunun tumbuk sambal guna acuan kuih apam,sambil tumbuk dia cekak pinggang sebijik macam aku selalu buat.  Dia ambik periuk pastu guna chopstick jadi sudip, sambil "mengacau" masakan sambil tu dia "rasa" masakannya tu.  Alahai anak emak...
Nur Diyanah

Si Nawwar lak, suka mengulang-ulang sebut benda yang dia buat & nampak.  Contoh, "mak, adik main kereta...!" dia boleh ulang benda tu sampai berbelas-belas kali.  Kalau aku toleh tempat lain dia akan panggil lagi suruh tengok.  "tenok(tengok) mak! tenok mak!" alahai kau suruh aku tengok ke kau panggil aku tenuk? wakakaka!  walaupun macam tu, syukur ke hadrat Ilahi, Nawwar dapat bercakap walaupun masih pelat, cakap melayu pun bunyi english...masih cakap bahasa jerman...tapi syukur Ya Allah... dia dapat beritahu apa yang dia nak.  Walaupun cara dia bercakap selalu jadi bahan ketawa budak-budak normal, at least dia dapat bercakap... at least...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...