Sabtu, 25 Jun 2011

Kek Simple Menggunakan Minyak Masak

Hari tu saya dah sharekan resepi untuk membuat doh roti menggunakan minyak masak.  Kali ni saya nak kongsikan resepi kek menggunakan minyak masak pulak.  Kek ni sedap berbanding jika menggunakan marjerin/butter.  Kalau yang guna marjerin/butter tu, makan 2-3 potong dah rasa muak.  Kek ni pulak kalau dah makan 2-3 potong pun tak rasa muak...(bagi saya la)malahan rasa nak lagi...nak lagi dan lagi hehehe.  Kek ni kakak sulung saya yang bagi, dia dapat dari sepupu kitorang.  Kat bawah ni resepi dia.


Kek minyak masak.

Bahan2.

5 biji telur (saya tambah lagi 2 biji telur jadi 7,kek ni jadi bertambah lembut)
2 gelas tepung gandum(tau kopi indocafe?kopi yang harga RM4++ tu,gelas tu paling sesuai digunakan)
1 gelas gula
1 gelas minyak masak
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette.

Cara2

Pukul gula dn telur smpai kembang & ringan. Masukan tepung sikit-sikit sampai habis. Masukkan baking powder, bicarbonate of soda dan ovalette. Last sekali masukkan minyak dan kacau rata.  Lepas tu masukkan pewarna yang anda suka. Bakar sampai masak.(saya guna oven pensonic guna suhu 160o) selama 45 minit.  dah siappp!!! mudah kan?
p.s: cucuk ngan lidi kalau nak tau dah masak ke belum kek tu..hehe


ni gambar sebelum dibakar



yang ni dah masak

dah masak...:p

Sabtu, 18 Jun 2011

SAPER NAK?Minolta 50mm lense Sony Compatible,Sony Speedlite HVL-F58AM,Tamron 18-200mm lense For Sony DSLR ,


Saya tolong kawan saya promote menatang kat bawah ni...kalau ada sesaper berminat dan nak tau lebih lanjut, sila call no yang tertera kat bawah post ni...hehe


Minolta 50mm lense Sony Compatible

RM 450.00



Sony Speedlite HVL-F58AM

RM 900.00



Tamron 18-200mm lense For Sony DSLR

RM 850.00



KALAU ADER SESAPER YANG BERMINAT, SILELAH MENGHUBUNGI NO. YANG TERTERA KAT BAWAH NI

FAIZAL RAHMAN : 0168568400
Mukah, Sarawak

Rabu, 15 Jun 2011

Lagu Harijadi Kat Website UiTm Penang(kena HACKED!!!)

Saya terkejut tengok website UiTm penang tetiba je ada lagu selamat harijadi.  Website ni dah kena hacked rupenyerr...ni dia screen shot untuk website tu...


saya tengok dapat info kat FB yang semua laman web kerajaan ditutup untuk mengelakkan kena hack.  Jadi untuk mengesahkan info tu, saya try la bukak site gov.  Ni la hasilnya...


Yang ni pulak website http://ezi2care.jkm.gov.my/(jabatan kebajikan masyarakat)...pun kena hacked...

Laman web tersebut di hacked oleh Dragon Force sebagai tanda objection atas tindakan gov menyekat akses ke laman web file sharing.  Kalau ada sesaper yang jenguk wall FB PM, http://www.facebook.com/najibrazak, hmm...macam-macam yang diorang komen pasal ni...huh...mata ke atas tangan ke dada...


p.s-klik sini kalau nak tau senarai laman web yang kena banned.  Hari ni check website UiTM Penang dah ok dah, jabatan kebajikan masyarakat je masih kena hacked.

bahagianya rumahtangga parentsku...

 Fuhh! kemain lagi tajuk entri saya kali ni...  Hmm.. sebenarnya apa yang saya nak paparkan kat sini adalah dari observation saya terhadap perkahwinan parents saya sendiri yang perkahwinannya kekal hinggalah Abah saya meninggalkan kami buat selama-lamanya 12 tahun yang lalu.  Saya juga banyak bertanya Ibu saya rahsia macamana Ibu dan Abah saya yang saya lihat tak pernah bergaduh walau sekali pun dalam perkahwinan mereka.

Pertama sekali bagi pasangan yang nak berkahwin, ingat satu perkara je "JODOH pertemuan di tangan Tuhan".  Jadi perkahwinan kita dengan pasangan kita adalah Jodoh yang telah Tuhan tentukan.  Ertinya perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main, menurut Dato' Fadzilah Kamsah yang dalam rancangan beliau yang pernah saya tonton dulu.  Menurutnya lagi, semua pasangan adalah SEKUFU.  Apa yang membuatkan mereka tidak sekufu selepas agak lama berkahwin adalah kerana diri mereka sendiri.  Mereka sendirilah yang menyebabkan rumahtangga mereka retak dan penceraian merupakan perkara halal yang Allah paling tak suka.

Mula-mula dulu sebelum saya berkahwin, saya pernah tanya dengan Ibu saya kenapa saya tak pernah lihat Ibu dan Abah saya tak pernah bertengkar macam cerita dalam TV tu..dan apakah secret mereka.  Takkan mereka tak pernah rasa tak puas hati kot kalau salah seorang antara mereka pernah buat silap.  Ibu saya tersenyum mendengar soalan cepumas saya tu.  Dia jawab soalan saya tu macam nilah lebih kurang...dalam sesebuah perkahwinan mesti ada Rasa Hormat Yang Tinggi dan ini merupakan perkara no.1 dan sangat penting dalam rumahtangga.  "Aik? kenapa rasa hormat no.1?bukan kasih sayang ke yang paling utama?" saya tanya ibu saya lagi.  "Hmm...nak tau, nanti Ibu jelaskan".  Lepas tu, Persefahaman dan perkongsian, Kasih Sayang yang ikhlas tak pernah berbelah bahagi, Ambil berat dan sikap tidak mementingkan diri, Percaya pada pasangan dan setia serta Bertanggungjawab.

-Kalau dah berkahwin, Isteri mesti hormat suami dan begitu juga suami, mesti hormat isteri.  Sikap hormat ni perlu di amalkan dengan perlakuan dan juga dari hati yang ikhlas.  Kalau perlakuan je, ia takkan lama bertahan kalau hati tak ikhlas.  Saya masih ingat pada hari keempat selepas saya berkahwin, suami saya tertidur kat ruang tamu semasa menonton tv.  Saya melintaslah kat situ, secara tak sengaja terlangkahlah hujung kaki suami saya.  Tiba-tiba Ibu saya menjegilkan mata dan tarik saya ke dapur.  Dia terus cubit lengan saya.  Saya terpinga-pinga dengan apa yang dia lakukan.  Dia marah saya dan kata, "jangan langkah kaki suami, itu menunjukkan kamu tak hormat pada suami!  Kalau kamu tak pupuk rasa hormat dan biasakan diri buat macam tu, tak mustahil kamu akan hilang hormat kat suami kalau dah lama berkahwin nanti!"  macam tak logik je bunyinya kan, tapi bila saya ingat masa Abah masih hidup, Ibu tak pernah langkah kaki Abah masa Abah tidur.  Secara tak langsung kami pun bertambah rasa hormat kat Abah bila Ibu menunjukkan sikap hormatnya yang tinggi terhadap Abah.  Jadi, 2 in 1 lah, kalau kita dah tunjuk rasa hormat kat suami, secara tak langsung anak-anak kita pun akan buat perkara yang sama.
Bagi pihak suami pulak, hormat isteri sangat penting.  Kalau ada silap isteri, jangan sekali-kali meninggikan suara untuk menasihatinya.  Saya ingat lagi ibu pernah lupa letak garam dalam sayur.  Dia bagitau kat Ibu dengan lembut, "awak, garam dah habis ke?  maaflah kalau abang lupa beli".  Ibu saya pun cepat-cepat taste sayur yang tawar tu dan mereka berdua ketawa serentak.  Uii...bahagianya tengok parents seronok macam tu.  Adoi..susahlah nak tengok mereka berdua bermasam muka.  sebab memang saya TAK PERNAH tengok walaupun sekali.
Kata Ibu, rasa hormat yang tinggi terhadap pasangan juga akan prevent kita dari buat silap besar..HUGE MISTAKE...yang boleh melukakan hati pasangan.  Kalau takde rasa hormat, memang mudahlah hati akan beralih arah...hehe...

-Persefahaman dan perkongsian- Ini memang tersangatlah penting.  Jika ada rasa tak puas hati terhadap pasangan, janganlah simpan di dalam hati.  Ada juga yang kumpul rasa tu, bila dah tak tahan baru nak luahkan...Itu merupakan silap besar dalam perkahwinan.  Sepatutnya bila kita rasa tak puas hati, walaupun hal kecil, cepat-cepat bagitahu pasangan, bincang elok-elok.  Ini perlu kerana, dari hal kecil, kalau tak cepat-cepat ditangani, perkara besar dan lebih teruk akan berlaku.  Kalau buat silap, cepat-cepat minta maaf, jangan sampai bila pasangan dah tunjuk muncung baru nak minta maaf, sebab dari rasa tak puas hati akan muncul bibit-bibit pertengkaran.  Bila berkahwin tiada lagi istilah saya, aku...yang ada ialah istilah kita, kami...maksudnya jangan mementingkan diri.  Sejak dari hari pertama perkahwinan, semua perkara adalah berkaitan dengan diri kita dan pasangan kita.  Semua keputusan perlu diputuskan melalui perbincangan dengan pasangan, bukannya suka-suka hati je buat keputusan sebab tiada lagi istilah AKU.
Perkongsian- Open yourself to your partner.  Kalau boleh, jangan suka simpan rahsia dari pasangan.  Ini boleh menyebabkan hubungan jadi renggang.  Yelah kan kalau ada rahsia, pasti hari-hari terfikir pasal tu dan takut terbongkar.  Secara tak sengaja, kita jadi tak betah berada di sisi pasangan sebab takut melalui tingkah laku kita pasangan akan rasa curiga.  Melalui apa yang saya tahu, kalau kita rasa bersalah dan kalau kita ada rahsia, biasanya tingkah laku pun akan jadi pelik dari biasa...haha....Kalau boleh, dari mula perhubungan(masa bercinta), kita patut bersikap terus terang.  Kalau dah biasa, akan jadi lebih mudah bila sudah melangkah ke alam perkahwinan.

Alamak, panjang sangat dah entri ni...takut bosan pulak orang baca....h...sambung len kali la...

Isnin, 13 Jun 2011

Baju raya dah tempah ke?

Haha...kalau ikut kalendar, raya dalam bulan 8 iaitu pada 30 hb Ogos.  Selalunya dalam tahun-tahun yang lepas, saya akan tempah baju dalam tempoh 3 atau 4 bulan lebih awal.  Kalau lewat sikit, alamatnya tak siaplah baju tu...Saya pernah tempah baju 2 bulan sebelum raya, baju tu nyaris-nyaris tak dapat disiapkan.  Sehari sebelum raya tukang jahit tu bagitau saya yang dia dah tak mampu nak siapkan baju saya tu sebab dah terlalu banyak tempahan.  Nasib baiklah saya kenal tuan punya kedai, merayu-rayu saya minta dia siapkan baju saya tu...haha...itupun nasib baik hanya skirt/kain je yang belum siap.

Tahun ni best...akak saya dah kursus menjahit hujung tahun lepas.  Tahun ni, dia pulak buat baju kat kitorang sekeluarga.  Jadi tak perlulah saya syusyah2 nak tempah kat kedai lagi...hehe...syukurr...

Hari tu ada tengok kedai online jual kain cantik-cantik...bestnye kualiti kain kat situ...JOm tengok...



yang ni kain satin..cantik kan?
kain yang murah pun ada ... kalau lambat beli memang sold out lah jawabnya...
yang ni harganya RM60..fuiyoo...sekejap je sold out

kalau nak cari tudung-tudung yang cantik, cari je kat sini...rambang mata kalau tengokkk...haha



tudung pun dah banyak yang sold out...wow!...yang ni ada lagi(buat masa ni)



cantik betul tudung kerawang tu...harga dia RM47 je..

Khamis, 2 Jun 2011

myMetro | Hati-hati pilih pasangan

myMetro | Hati-hati pilih pasangan
KANGAR: Kecenderungan rakyat negara ini untuk memilih lelaki atau wanita ‘hidung mancung’ terutama dari Pakistan, Iran dan Lubnan sebagai pasangan hidup terbantut apabila Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan arahan supaya mengelakkan berkahwin dengan golongan berkenaan yang berfahaman Syiah.
Susulan keputusan fatwa itu, Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan kenyataan menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak memilih lelaki atau wanita yang berfahaman berbeza sebagai pasangan hidup bagi mengelak implikasi buruk hasil perkahwinan itu.

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat negara terbabit menetap di negara ini dan ada antara mereka mendapat taraf pemastautin tetap selepas berkahwin dengan penduduk tempatan.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata perkahwinan lelaki dan wanita tempatan yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah tidak digalakkan kerana boleh memberi kesan kepada pegangan akidah.

Katanya, peringatan itu selaras mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis pada 15 dan 16 November lalu yang bersetuju supaya pernikahan membabitkan dua fahaman berbeza itu perlu dielakkan.

“Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah memperakukan keputusan majlis fatwa negeri yang tidak menggalakkan perkahwinan antara penganut Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 7 Disember lalu.


“Sehubungan itu, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam negeri dan jurunikah di Perlis diminta terlebih dulu menyiasat fahaman mereka yang berkahwin bagi mengelak wujud perkahwinan membabitkan fahaman berbeza ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fatwa Tegah Pembinaan Tugu 1 Malaysia

Awal pagi lagi saya dah merayau-rayau(tengok berita online dan jenguk2 blog orang...hehe...).  Terpaku sejenak bila tengok tajuk ni.  



Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

NONEKeputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.



Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

p/s:nak tengok video pasal ni? >>>http://www.facebook.com/video/video.php?v=1552848679978

Rabu, 1 Jun 2011