Isnin, 9 Januari 2012

Petua Menghilangkan Bau Kencing Anak Di Atas Tilam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera... ceh macam nak wat ucapan lak aku nih... :D... Dah lama aku tak update blog, sebab takde idea.  Kali ni, aku nak share cara nak hilangkan bau kencing anak kat atas tilam, terutamanyer tilam yang besar/berat dan susah untuk dijemur.

Aku pernah cuba febreeze, tapi...hmm, bukan la aku nak kata Febreeze tu tak berkesan, tapi, tak tak dapat menghilangkan bau kalau kencing tu banyak.  Especially kalau kencing anak yang 3 tahun ke atas...  Mau karam tilam tu basah ngan kencing diorang...:p...  Kalau time hujan lebat tiap-tiap hari, susah la nak jemur.  Bau pun hapak sampai warna sarung tilam pun bertukar.

Nak dijadikan cerita satu malam anak aku yang umo 3 thn lebih kencing atas tilam pada musim ujan hujung taun lepas.  Aku sembur punya sembur Febreeze, mula-mula jer wangi, bila lepas 2 jam, bau hapak kencing tu telah berjaya mengalahkan bau Febreeze dalam pertempuran selama 2 jam tu...(dah start merapu lak aku nih).  Aku pun tension, nak jemur tiap-tiap hari lak ujan.  Masa aku cuci muka kat sink aku pun nampak Colgate Plax warna biru yang hubby aku baru jer beli.  Belek punya belek nampak kat botol tu gtau 24 hour protection from bacteria & plaque...hmm.."bacteria?".  So, dengan semangatnyer aku ambik satu penutup penuh cecair plax tu dan curahkan atas bahagian yang kene kencing anak aku tu.

Jeng!jeng!jeng! lepas beberapa minit, bau hapak kencing yang semerbak kat dalam bilik tetiba hilang, aku pon seronok giler sebab takyah la beli febreeze bebanyak pasni...hehe...2 - 3 hari pastu, anak aku yang umo 1 tahun lebih bocor lampin die, kali ni aku campurkan cecair plax ngan sedikit air sebab nak cuba tahap keberkesanannyer kalau dicampur air...dan wala! seperti yang aku jangka bau kencing pun hilang lepas beberapa minit. ngeh3...Alhamdulillah...tak disangka-sangka ilham dari-Nya membuahkan kejayaan dalam memerangi bau hapak hehehe...