Selasa, 8 Oktober 2013

Hari Ke Lima...

Hari ni hari ke lima Nawwar tak bermain di luar dengan 'kawan'.  Dia nampaknya macam dah tak peduli lagi bila dengar suara budak-budak lain di luar yang menjerit-jerit bising berkejar-kejaran.  Hari pertama hingga hari ke tiga dia masih meronta-ronta minta dibukakan pintu, tapi hari ni aku dan suami dah cuba cara lain supaya dia tak cepat bosan di rumah.

Hari ni, lepas balik dari sekolah, kami singgah di Taman Awam Miri yang kebetulan tempat tu memang sebahagian dari route perjalanan ke sekolah Nawwar dan Diyanah.

Taman Awam Miri

Bila sampai kat sana Nawwar terus suruh aku cepat-cepat jalan atas jambatan gantung tu...rasa seronok bila jambatan tu berayun-ayun bila kami berjalan di atasnya.  Adiknya Ammar laju je lari ikut abangnya.

Nawwar minta diambil gambarnya di tangga.  Seronok betul dia tiap kali kami pergi ke sini.

Gelongsor yang paling digemari Nawwar
Puteriku Nur Diyanah

Hingga hari ke lima hari ini, Nawwar banyak perubahan yang positif, semakin caring dengan adik-adiknya, mudah buat apa yang di suruh, tak banyak melawan, yang paling aku suka sekali, bila buat kesalahan dan dihukum berdiri dekat dinding, dia akan buat walaupun sambil menangis-nangis minta maaf.  Sebelum ni, nak hukum pun tak dapat, dia akan mengamuk baling barang pukul adik-adiknya sampai mereka menangis-nangis.

Sebelum ni nak minta maaf pun susah, dipaksa barulah nak, itupun gerenti menggelupur sambil tendang sana sini... selalu pecahkan barang.  Entahlah kenapa dia jadi macam tu, tapi bila dia dah tak main kat luar, dia makin senang dibentuk, selalu tunjukkan kasih sayang pada kami dan adik-adiknya.  Aku tak menuduh dia jadi macam tu kerana pengaruh kawan-kawan...  Tapi entahlah, budak-budak zaman sekarang, banyak terpengaruh dengan filem yang mereka tonton. Wallahua'lam... Hanya Allah yang tau.  Selama ni kami memang tak pernah ajar dia mencarut, sebut bodoh dan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya.   Anak aku pula, nak kata melalui filem yang ditonton, dah lama dah TV kami rosak.  Memang tak tengok TV pun.  Kalau balik kampung barulah tengok TV.  Biarlah takde TV, kalau tak memang diorang jadi asyik tengok TV dan sukar nak keluarkan mereka dari dunia mereka sendiri.



Sabtu, 5 Oktober 2013

Menyesalnyeee!!! Kenapalah aku turutkan sangat kehendak Nawwar!

Kisah ni berlaku tiga hari yang lepas, betul-betul menjadi pengajaran yang amat pahit untuk aku dan En. Somi.  Hari tu kami bercadang nak keluar beli barang dapur, dah beberapa kali anakku yang sulung Nawwar meminta dibelikan makanan kegemarannya iaitu mi sedap, lagi pula minuman koko kegemarannya juga habis.  Jika dia tak dapat minum koko dalam sehari, alamat terpaksa tahan telingalah dengar dia menjerit-jerit, baling barang ke siling, kipas, pukul adik-adik dia.  Sebenarnya mi adalah makanan yang sebelah-bolehnya aku nak elak, koko pula, aku buat cair untuk dia jadi taklah pekat sangat.

Petang tu, kira-kira pukul 4.45 petang kitorang dah sedia nak keluar, tapi Nawwar lak beriya-iya nak main di luar dengan kawan-kawan dia.  Sehinggakan bila aku tanya, "you don't want to go out with us?"  dia jawab "no mom, i want to play, ada kawan"... pastu sempat lak dia buat aksi hitung ngan jari sambil sebut mom...friends, mom...friend... aku pun biarkan la dia keluar bermain, sebab kalau tak diturutkan, aku takut jadi benda yang sangat-sangat aku tak suka, mengamuk, pukul adik-adik, baling barang.  Jadi aku biarkan dia keluar, dan aku dan En. Somi yakin kami dapat balik awal sebelum dia balik ke rumah.

Tapi... aku terlupa yang hari kami keluar tu adalah hari bekerja, waktu kami keluar jugak waktu orang balik dari bekerja, jalan pun jam teruk.  Kami terpaksa menunggu agak lama untuk keluar dari kesesakan lalu lintas dan pergi ke stesen petronas untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM.  Selepas keluarkan duit, kami pun pergi la ke kedai tak jauh dari kawasan perumahan kitorang.  Waktu tu dah dekat pukul 6.  Aku dah risau bila pergi ke kedai kat situ tak jumpa pulak koko yang anak-anakku boleh minum.  Diorang tak boleh minum Vico langsung sebab kalau minum je memang demam la jawabnya.  Selalunya sampai seminggu baru sembuh.  Melko, Koko COOP 1 Malaysia & Oligo je boleh minum.  Kalau jenis lain ada yang boleh menyebabkan sembelit walaupun aku buat cair.  Bila pergi ke kedai Million Dailymart barulah jumpa Oligo, lega betul hati aku, tapi bila sampai kaunter, orang pulak ramai berbaris-baris, hati aku dah tak tenang.  Aku tau waktu tu Nawwar sepatutnya dah balik rumah.  Lepas bayar, aku masuk kereta dan En. Somi pun cakap, "cuba tengok pukul berapa sekarang, sepatutnya Nawwar dah balik rumah sekarang.  Aku cuma diam, hati dah berdebar-debar, rasa macam nak nangis.

En. Somi terus pecut kereta balik rumah, kami nampak basikal depan rumah tapi Nawwar takde.  Aku dah rasa macam nak pengsan, ke manalah dia pergi... Aku tanya jiran sebelah, dia cakap tadi ada dengar Nawwar nangis tapi tak tau dia ke mana.  Aku terus ajak En. Somi cari sepanjang jalan, mana tau dia jalan kaki cari kitorang.  Kami pusing seluruh perumahan tu cari, sampai ke kedai Boulevard tapi tak jumpa dia.  Asal nampak budak jalan kaki aku suruh suami aku berhenti sambil cakap "Bang! Nawwar agaknya tu bang!"  Aku dah tersedu-sedu, dalam hati nyesal sangat tak bawak dia sama tadi, pedulilah dia pukul adik ke, baling barang ke, daripada dia hilang macam tu je... Aku tak putus-putus berdoa supaya dia dijumpai, "Ya Allah, jika Nawwar dapat ditemui, aku akan puasa 7 hari Ya Allah..." tu je aku ulang-ulang... Air mata tak henti-henti mengalir... siapa tak sayang anak oii...! walaupun dia anak istimewa, dia tetap anak yang aku lahirkan dan aku jaga dari kecik sampai besar.

Aku rasa menyesal sangat sebab turutkan kehendak dia nak main ngan kawan-kawan dia, aku pergi rumah kawan-kawan yang selalu main dengan dia, semua jawab tak tau.  Adik jiran aku yang kat rumah sebelah bagitau dia dibawak kerumah jiran yang kat hujung sekali.  Aku nampak rumah tu pagarnya dah berkunci, aku panggil-panggil takde sesiapa pun yang jawab.  Pelik sangat sebab selalunya kalau aku panggil, cepat je dia keluar.  Kali ni macam takde respon langsung.  Aku pegi rumah sebelah minta tolong diorang panggil dari dapur tapi takde jawapan.

Pastu aku pergi rumah tempat dia selalu main, rumah yang berdepan ngan rumah yang adik jiran aku bagitau tu, aku tanya no. telefon, dia boleh pulak cakap tak tau sedangkan dah bertahun-tahun berkawan, tiap petang lepak sama-sama depan rumah.  Diorang ni kawan rapat sebenarnya, sama dengan jiran sebelah aku yang tadi bagitau tak tau Nawwar pegi mana lepas dengar dia menangis.  Aku gelar diorang ni 3 serangkai sebab terlalu rapat.  Aku ada no. telefon jiran aku yang rumah hujung tu cuma tak pasti dia masih guna no. tu ke tak.  Aku call berkali-kali tapi tak dijawab, pastu selepas berbelas kali call tiba-tiba tak dapat dihubungi.  Dalam pada tu, kene lecture la aku, "Lain kali jangan tinggalkan anak, bawak sekali walaupun dia tak nak ikut!"  Teringin nak jawab tapi aku dah malas nak explain masalah behaviour anak aku yang menyebabkan aku tak bawak dia tadi.  Pok pek pok pek dia marah aku.  Pastu anak bongsu dia yang baru pandai bercakap sikit-sikit tunjuk rumah depan diorang.  Aku tanya, nampak Nawwar tak? "Ada cik, dia di rumah cik sana"... sebab dia cakap terlampau pelat, takut aku salah faham maksud dia, aku tanya jiran aku yang marah aku tadi, dia sebut apa?  "Entahlah, bukannya dapat faham pun dia cakap apa..."  melalui jawapan tu aku dah rasa pelik... sedangkan anak dia dah cakap macam tu dia masih bagitau tak faham.

Pastu dengan nada menyindir dia suruh anak-anak dia cepat bersiap sebab nak keluar.  Anak perempuan sulung dia yang nak ambik SPM tahun ni sempat gak menambah... "alamak, semua orang keluar, tinggal la aku sorang-sorang"  Memang diorang ambik kesempatan nak bubuh aku cukup-cukup.  AKU TAU AKU SALAH TAPI AKU ADA SEBAB BUAT CAMTU!  kalau diorang ingat begitu mudah nak pujuk sorang budak yang ada Autisme tantrum...diorang patut fikir sebelum cakap... Sepatutnya dalam perancangan kami, kami sempat balik awal sebelum Nawwar balik... tapi, sebagai makhluk, aku tau Allah sebaik-baik perancang.  Malas nak dengar dia membebel lagi aku pergi rumah tadi, panggil dengan kuat, tapi tak dijawab, pastu aku minta tolong jiran sebelah rumah tu panggil dari dapur sekali lagi, mana tau dia ada kat dapur...  itupun tak berjawab... Ya Allah! aku rasa sedih sangat, dahlah tadi puas menangis...

Lama menunggu, aku pergi rumah jiran yang bagi info tadi tanya no.telefon, tapi dia pun takde no.telefon jiran hujung tu.  Suami aku pun turut memanggil, lama lepas tu baru dia keluar, dengan wajah penuh aura membunuh, matanya dibulatkan.  Terus dia pergi jumpa aku dengan suara yang kuat dia marah aku, "Ingat! lain kali jangan tinggalkan anak!  Kesian dia tadi menangis tau! aku bawak dia pegi rumah aku sebab kesian! Aku dah bagi anak engkau makan tadi!" sambil tu anak dia pun tunjuk la sepinggan mi sedap yang diorang tengah makan tadi.  Jiran sebelah dia terlopong tengok dia marahkan aku macam tu.  Nawwar lak dengan happy panggil aku "mak! mak!"  Aku terus rasa sangat lega hinggakan tak bagi perhatian pada orang yang membebel depan aku.  Biarlah emak dimarah depan orang macam ni, asalkan Nawwar selamat, lagipun salah mak yang tak bawa Nawwar tadi... Seronok betul kawan rapat dia tengok aku ditengking dengan penuh bergaya.

Bila dia dah puas membebel, aku tanya dia, :"marahkah?" (apa punya soalan yang aku tanya).  "taklah marah, jangan tinggalkan anak lagi macam ni!" hmm aku teringin sangat nak gtau, aku bukan suka-suka tak bawak dia tadi...tidak..aku ada sebab yang semua orang takkan faham..  Aku tengok kawan rapat dia (rumah yang berdepan ngan rumah dia) senyum sinis, diorang bangga malukan aku macam tu... terima kasih, walaupun sebenarnya korang boleh cakap dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara...terima kasih sebab jaga anak aku.  Walaupun sebenarnya korang bertiga tau aku terpekik terlolong panggil kawan korang tu nak tanya Nawwar ada kat rumah dia atau tak, korang pura-pura tak tau.  Aku tau niat korang nak bagi pengajaran kat aku... Lepas aku mintak maaf sebab menyusahkan dia, aku dan suami balik rumah.  Suami aku terus gtau jangan suruh Nawwar main kat luar lagi walaupun dia mengamuk.

Aku sedar aku salah dalam kejadian hari tu...  wahai 3 serangkai, korang selalu gtau aku macamana nak didik anak, selalu suruh aku bawak anak-anak aku main kat luar dengan anak-anak korang.  Korang pernah tegur aku sebab tak jaga Nawwar masa main-main kat luar dengan anak-anak korang waktu petang.  Aku pernah cuba jaga 5-7 kali, aku tau sikit sangat 5-7 kali tu.  Korang suruh bawak sekali adik-adik dia yang hyper tu.  Dalam masa 5-7 kali tu, aku tak dapat tumpukan perhatian pada Nawwar, adik-adik dia dah lari sana sini, kacau barang permainan anak-anak korang, aku takut anak-anak korang marah, aku pun takut korang marah sebab anak aku kalau dia suka sesuatu diorang akan menggelupur kalau benda tu diambil.  Lagipun Diyanah suka mencakar muka orang sampai berdarah, kalau anak-anak korang kena macamana?  Tiap kali bawak diorang keluar aku gerenti asthma sebab letih kejar diorang, tapi korang cuma ketawakan aku dan cakap biasalah budak-budak...  Korang tak tau tiap kali aku asthma, aku rasa nak pitam... rasa macam takde oksigen je.  Lagi satu, kalau korang tak pernah hidup bersama dengan anak-anak Autisme, jangan mudah menilai orang lain sesuka hati...

Sebab tu aku tak suka keluar rumah, tak suka lepak ngan korang lagipun dah serik sebab pernah dengar korang bergusip...aku terus lari, bukan bermakna aku sombong...  Tiap kali aku tercungap-cungap kejar adik-adik Nawwar, takde pun korang tolong, korang rilek je macam takde apa.  Korang selalu gtau aku, salah cara aku tak biarkan anak aku keluar bermain dengan anak-anak jiran, korang tak tau yang anak aku nak adapt persekitaran ambik masa yang lama.  Nawwar dulu 2 tahun masuk tadika sebab nak biasakan dia dengan orang lain, tapi...apa yang terjadi sepanjang 2 tahun tu dia sembunyi kat sudut bilik bawah meja.  2 tahun tau! Baru dia nak berkawan, itupun mula-mula dulu cuma kawan dengan sepupu-sepupu dia je, dengan orang lain dia takut.  Korang memang selalu dengar aku jadi tarzan, bukan bermakna aku mendera atau marah diorang suka-suka, kalau dah buat benda yang sama berulang-ulang macam panjat atas tv, siram air dekat lampu, cakar adik, pukul sesama sendiri, baling barang permainan ke siling, ketuk dinding, baling mangga kunci yang besar dan berat tu kat kepala, hantuk kepala kat dinding macam takde rasa sakit... korang fikir dapat ke cakap slow-slow sedangkan cakap slow pun diorang sengih-sengih sambil buat benda yang sama lagi dan lagi...

Last sekali, AKU TAU AKU SALAH, walaupun rasa malu sebab ditengking depan jiran-jiran, selepas sehari baru aku terperasan, sejak berkawan, Nawwar pernah marah aku dengan perkataan F**K YOU! semata-mata sebab aku lambat buat kuih siput kegemaran dia.  Nawwar pernah cakap adik dia macam tu jugak, cakap adik dia bodoh, paling ngeri hari tu lepas balik bermain dia bercakap sorang-sorang, "Nawwar and ***A (malas nak tulis nama anak dia) kiss... chupp!"  Ya Allah lepas dengar tu memang aku rasa nak pitam, tapi aku masih tak nak berburuk sangka masa tu.  Sekarang dengan kejadian terbaru ni, aku yakin, itu mesej Allah untuk aku... dia sayangkan aku dan anak-anak aku.  Anak-anak aku lurus, apa yang orang cakap, itulah yang dia ikut dan buat.  Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya hikmah dari kejadian ni sangat-sangat besar.  Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...



Selasa, 1 Oktober 2013

What if?

Dah lama gak tak update blog.  Baru hari ni ada idea nak menulis, itupun selepas kejadian malam tadi dan pagi semalam yang benar-benar memberikan kesan pada aku.  Malam tadi...  sebelum maghrib, aku tiba-tiba diserang asthma selepas serangan terakhir bulan puasa yang lepas.  Dalam keadaan sesak nafas aku gagahkan diri melayan kerenah ketiga-tiga anakku.  Nawwar yang sulung entah kenapa pulak malam tadilah dia yang paling banyak tanya, tak sampai 5 minit dia tanya lagi dan lagi macam-macam soalan.  Dahlah aku dalam keadaan semput, terpaksa jugak menjawab walaupun hanya dengan perkataan "ya...aha.. yelah tu...betul tu..." hihihi...walaupun kadang-kadang soalan dia kurang jelas didengar dek kerana semput.

Diyanah yang no.2 tu lak lari sana sini,sekejap-sekejap duduk tepi aku tersengih-sengih geletek aku, cucuk pinggang aku... aduhai...sabarlah hati,... pastu adik dia lak lari-lari jugak sekejap-sekejap datang kat aku mintak dukung, pastu bergayut kat belakang, peluk leher aku... hampir pitam dibuatnya dalam keadaan semput macam tu...

Peristiwa pagi semalam lak, Diyanah tiba-tiba mengamuk yang sangat-sangat menakutkan aku.  1st time aku tengok dia mengamuk sebegitu.  Lepas mandi pagi dia menangis sambil menghempaskan diri (yang ini perkara biasa bagi aku) lepas tu aku tetap pakaikan dia baju.  Waktu nak sikat rambut dia tiba-tiba dia menjerit macam singa lapar dia cuba gigit tangan aku.  Dia cuba tarik tangan aku dan berusaha nak gigit, sampai berpusing-pusing aku nak mengelak tapi aku tetap ikat rambut dia.  Pastu aku keluar dari bilik dan pakaikan baju Nawwar, (diorang ni boleh je pakai baju sendiri, tapi slow sangat, tambahan pulak bab nak pergi sekolah tu memang diorang tak suka,terpaksa la aku pakaikan diorang baju, kalau tak, walau disuruh sampai berbuih mulut diorang takkan pakai baju sekolah tu).

Berbalik pada kisah Diyanah, lepas aku keluar dari bilik, tak lama lepas tu aku dengar si adik yang baru je bangun tiba-tiba menangis sekuat-kuatnya!  Tergamam seketika bila dengar, sebab selama ni memang tak pernah dengar dia menangis kuat camtu, walaupun Diyanah pernah cakar pipi dia sampai berdarah, dia nangis kejap je.  Aku dan suami cepat-cepat masuk bilik nak tengok.  Ya Allah! terkejut tengok bekas gigitan yang sangat dalam kat pipi dia.  Tapi syukur tak luka.  Aku pandang Diyanah, dia jeling aku sambil menjerit-jerit macam dirasuk, matanya terbelalak hampir nampak mata putih je.  Aku takut tengok dia macam tu, tak pernah dia mengamuk sampai tahap macam tu.  Pastu dia tiba-tiba hantuk kepala atas simen.  Kuat betul bunyinya.  Aku pukul punggung dia... huhu dah tak tau nak buat apa dalam situasi tu.  Aku tanya "kenapa gigit adik?"  huhu macam la dia dapat jawab, dahla dia memang tak bercakap.   Lepas pukul punggung dia aku peluk dia walaupun dia menggelupur tak nak dipegang.  Aku baca Ayatul Kursi, aku cium pipi dia, perlahan-lahan dia berhenti menggelupur.  Beberapa minit lepas tu dia tiba-tiba senyum macam tak ada apa-apa yang berlaku.  Pagi semalam memang havoc, rumah kami bising dengan jeritan Ammar, Diyanah dan Nawwar yang terkejut bila tengok adik-adiknya menangis.

Kelakuan Diyanah semalam memang buat aku trauma,  tapi dia tetap anak aku, walau apapun terjadi, aku tetap sayang dia no matter what.  Malam tadi dia ok, sengih-sengih macam biasa.  Pastu, tengah malam tadi lak suami aku tiba-tiba sakit lagi...  Dalam keadaan aku yang semput, dia lak kena batu karang lagi.  Last kena sebelum bulan puasa hari tu.  Kesian tengok dia berkerut-kerut dahi menahan kesakitan.  Walaupun dah makan ubat, berjam-jam dia tahan sakit baru kesakitan tu hilang.     Keadaan tu membuatkan aku terfikir, kalau jadi apa-apa kat kami berdua suatu masa nanti, anak-anak macam mana?  Diyanah yang paling merisaukan aku,  ada ke orang yang dapat tahan dengan perangai dia yang macam tu?  Nawwar lak walaupun bercakap sikit-sikit, mampukah orang nak jaga dia kalau dia buat perangai baling-baling barang, rosakkan barang-barang?  Si Ammar lak, kalau mengamuk, dia pukul-pukul diri sendiri sambil mengamuk kita pun akan dipukul dan dibaling dengan apa saja barang yang ada kat tangan...Ya Allah risaunya...Ya Allah sihatkan aku dan suamiku, panjangkanlah umur kami supaya dapat menjaga anak-anak kami...Bantulah kami supaya dipermudahkan mendidik anak-anak kami agar mereka dapat berubah menjadi lebih baik...Aamiinn...

** hoho hari ni diorang tak dapat gi sekolah atas masalah kesihatan mak & abah diorang huhu