Rabu, 15 Jun 2011

bahagianya rumahtangga parentsku...

 Fuhh! kemain lagi tajuk entri saya kali ni...  Hmm.. sebenarnya apa yang saya nak paparkan kat sini adalah dari observation saya terhadap perkahwinan parents saya sendiri yang perkahwinannya kekal hinggalah Abah saya meninggalkan kami buat selama-lamanya 12 tahun yang lalu.  Saya juga banyak bertanya Ibu saya rahsia macamana Ibu dan Abah saya yang saya lihat tak pernah bergaduh walau sekali pun dalam perkahwinan mereka.

Pertama sekali bagi pasangan yang nak berkahwin, ingat satu perkara je "JODOH pertemuan di tangan Tuhan".  Jadi perkahwinan kita dengan pasangan kita adalah Jodoh yang telah Tuhan tentukan.  Ertinya perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main, menurut Dato' Fadzilah Kamsah yang dalam rancangan beliau yang pernah saya tonton dulu.  Menurutnya lagi, semua pasangan adalah SEKUFU.  Apa yang membuatkan mereka tidak sekufu selepas agak lama berkahwin adalah kerana diri mereka sendiri.  Mereka sendirilah yang menyebabkan rumahtangga mereka retak dan penceraian merupakan perkara halal yang Allah paling tak suka.

Mula-mula dulu sebelum saya berkahwin, saya pernah tanya dengan Ibu saya kenapa saya tak pernah lihat Ibu dan Abah saya tak pernah bertengkar macam cerita dalam TV tu..dan apakah secret mereka.  Takkan mereka tak pernah rasa tak puas hati kot kalau salah seorang antara mereka pernah buat silap.  Ibu saya tersenyum mendengar soalan cepumas saya tu.  Dia jawab soalan saya tu macam nilah lebih kurang...dalam sesebuah perkahwinan mesti ada Rasa Hormat Yang Tinggi dan ini merupakan perkara no.1 dan sangat penting dalam rumahtangga.  "Aik? kenapa rasa hormat no.1?bukan kasih sayang ke yang paling utama?" saya tanya ibu saya lagi.  "Hmm...nak tau, nanti Ibu jelaskan".  Lepas tu, Persefahaman dan perkongsian, Kasih Sayang yang ikhlas tak pernah berbelah bahagi, Ambil berat dan sikap tidak mementingkan diri, Percaya pada pasangan dan setia serta Bertanggungjawab.

-Kalau dah berkahwin, Isteri mesti hormat suami dan begitu juga suami, mesti hormat isteri.  Sikap hormat ni perlu di amalkan dengan perlakuan dan juga dari hati yang ikhlas.  Kalau perlakuan je, ia takkan lama bertahan kalau hati tak ikhlas.  Saya masih ingat pada hari keempat selepas saya berkahwin, suami saya tertidur kat ruang tamu semasa menonton tv.  Saya melintaslah kat situ, secara tak sengaja terlangkahlah hujung kaki suami saya.  Tiba-tiba Ibu saya menjegilkan mata dan tarik saya ke dapur.  Dia terus cubit lengan saya.  Saya terpinga-pinga dengan apa yang dia lakukan.  Dia marah saya dan kata, "jangan langkah kaki suami, itu menunjukkan kamu tak hormat pada suami!  Kalau kamu tak pupuk rasa hormat dan biasakan diri buat macam tu, tak mustahil kamu akan hilang hormat kat suami kalau dah lama berkahwin nanti!"  macam tak logik je bunyinya kan, tapi bila saya ingat masa Abah masih hidup, Ibu tak pernah langkah kaki Abah masa Abah tidur.  Secara tak langsung kami pun bertambah rasa hormat kat Abah bila Ibu menunjukkan sikap hormatnya yang tinggi terhadap Abah.  Jadi, 2 in 1 lah, kalau kita dah tunjuk rasa hormat kat suami, secara tak langsung anak-anak kita pun akan buat perkara yang sama.
Bagi pihak suami pulak, hormat isteri sangat penting.  Kalau ada silap isteri, jangan sekali-kali meninggikan suara untuk menasihatinya.  Saya ingat lagi ibu pernah lupa letak garam dalam sayur.  Dia bagitau kat Ibu dengan lembut, "awak, garam dah habis ke?  maaflah kalau abang lupa beli".  Ibu saya pun cepat-cepat taste sayur yang tawar tu dan mereka berdua ketawa serentak.  Uii...bahagianya tengok parents seronok macam tu.  Adoi..susahlah nak tengok mereka berdua bermasam muka.  sebab memang saya TAK PERNAH tengok walaupun sekali.
Kata Ibu, rasa hormat yang tinggi terhadap pasangan juga akan prevent kita dari buat silap besar..HUGE MISTAKE...yang boleh melukakan hati pasangan.  Kalau takde rasa hormat, memang mudahlah hati akan beralih arah...hehe...

-Persefahaman dan perkongsian- Ini memang tersangatlah penting.  Jika ada rasa tak puas hati terhadap pasangan, janganlah simpan di dalam hati.  Ada juga yang kumpul rasa tu, bila dah tak tahan baru nak luahkan...Itu merupakan silap besar dalam perkahwinan.  Sepatutnya bila kita rasa tak puas hati, walaupun hal kecil, cepat-cepat bagitahu pasangan, bincang elok-elok.  Ini perlu kerana, dari hal kecil, kalau tak cepat-cepat ditangani, perkara besar dan lebih teruk akan berlaku.  Kalau buat silap, cepat-cepat minta maaf, jangan sampai bila pasangan dah tunjuk muncung baru nak minta maaf, sebab dari rasa tak puas hati akan muncul bibit-bibit pertengkaran.  Bila berkahwin tiada lagi istilah saya, aku...yang ada ialah istilah kita, kami...maksudnya jangan mementingkan diri.  Sejak dari hari pertama perkahwinan, semua perkara adalah berkaitan dengan diri kita dan pasangan kita.  Semua keputusan perlu diputuskan melalui perbincangan dengan pasangan, bukannya suka-suka hati je buat keputusan sebab tiada lagi istilah AKU.
Perkongsian- Open yourself to your partner.  Kalau boleh, jangan suka simpan rahsia dari pasangan.  Ini boleh menyebabkan hubungan jadi renggang.  Yelah kan kalau ada rahsia, pasti hari-hari terfikir pasal tu dan takut terbongkar.  Secara tak sengaja, kita jadi tak betah berada di sisi pasangan sebab takut melalui tingkah laku kita pasangan akan rasa curiga.  Melalui apa yang saya tahu, kalau kita rasa bersalah dan kalau kita ada rahsia, biasanya tingkah laku pun akan jadi pelik dari biasa...haha....Kalau boleh, dari mula perhubungan(masa bercinta), kita patut bersikap terus terang.  Kalau dah biasa, akan jadi lebih mudah bila sudah melangkah ke alam perkahwinan.

Alamak, panjang sangat dah entri ni...takut bosan pulak orang baca....h...sambung len kali la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...