Jumaat, 13 Ogos 2010

SERONOK PUASA,ATAU PUASA SERONOK?

Malam tadi aku menonton rancangan bual bicara SEMANIS KURMA yang dihostkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya.  rancangan ni mengupas mengenai tajuk SERONOK PUASA ATAU PUASA SERONOK...
Golongan yang seronok puasa adalah orang yang bila tiba Ramadhan, mereka ini akan sentiasa berusaha berbuat ibadat sebanyak-banyaknya, seronok untuk mengerjakan ibadah puasa dan solat terawih.  Golongan ini tidak memikirkan perkara yang lain selain mencari peluang menambah ibadat dan mencari keredhaan Nya kerana ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan besar pahalanya berbanding bulan-bulan lain.

Golongan ke 2 adalah golongan puasa seronok.  Golongan ini pula seronok menyambut Ramadhan kerana hal-hal keduniaan.  Contohnya mereka akan asyik memikirkan juadah berbuka nanti apa, esoknya pula menu apa...  Ada juga yang seronok kerana nak shopping di bulan Ramadhan sebagai persiapan di hari raya nanti.  Mulalah berkira-kira nak tukar langsir ke tahun ni? baju berapa pasang? nak tukar kerusi baru ke?...

Jadi, anda tergolong dalam golongan mana?  SERONOK PUASA?  ATAU.. PUASA SERONOK?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...