Isnin, 4 Julai 2011

Menjana wang segera - impian semua orang, hanya segelintir yang berjaya. Bolehkah ia benar-benar dilakukan oleh semua?

Wang Segera 

Terdapat beribu-ribu laman web dan eBook yang memberitahu anda boleh mendapat ribuan ringgit sehari dengan bekerja secara online, jika anda hanya akan membeli eBook mereka dengan formula ajaib bagi hanya 49.99 dolar atau lebih! Adakah ini benar? Terdapat banyak penipuan yang menggunakan hype hingga menyebabkan anda membelanjakan wang yang anda dapatkan dengan susah payah. Mereka yang termakan tipu helah sedemikian terpaksa menyalahkan diri sendiri kerana telah ditipu dengan mudahnya. Tidak ada jalan pintas untuk dalam menjana kekayaan secara online. Ia sama seperti kehidupan yang sebenar, di mana anda bekerja keras dan mendapat habuan anda.

Sama seperti dalam kehidupan sebenar, anda perlu menggunakan kemahiran yang anda ada dan juga perlu mendapatkan kemahiran yang baru. Sama seperti dalam masa bekerja sebenar, anda perlu bekerja dalam jumlah tertentu dalam sehari untuk mencari nafkah anda secara online. Dan seperti dalam kehidupan sebenar, hanya pekerja yang mengkaji tugas mereka dengan baik, jujur dan bekerja keras serta mahir akan berjaya dan mendapat pendapatan yang besar secara online.

Bab seterusnya akan dinyatakan pelbagai cara anda boleh menjana wang online untuk setiap jam yang anda gunakan semasa online Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang sudah bekerja secara online dari rumah masing-masing . Anda boleh menjadi bos anda sendiri, memutuskan berapa jam anda ingin bekerja dan mendapat bayaran melalui sistem antarabangsa seperti PayPal atau melalui cek dalam mata wang tempatan anda.

Ingat, dunia hari ini adalah dunia rangkaian sosial. Internet telah membantu memperluaskan ilmu pengetahuan anda dengan hanya di hujung jari. Walaupun anda rasa anda tidak mempunyai pendidikan formal dan latihan, jika anda mempunyai kemahuan, anda boleh belajar dengan cepat. Anda boleh menggunakan kebolehan berbahasa Inggeris, keupayaan anda untuk menggunakan Internet dan "social circle of friends" untuk membangunkan kemahiran anda. Dan kemudian anda sekurang-kurangnya boleh mula memperolehi pendapatan dengan segera melalui perbincangan dan perkongsian maklumat bersama-sama kawan anda dengan menggunakan media seperti forum.


(terjemahan dari e-book bahasa Inggeris haha...pelik ke bunyinyer?)


bersambung>>>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...