Isnin, 19 September 2011

Suntik menyuntik....ish..ish..ish...

Hmm...camner nak mula yer? dah lamer tak update entri aku kat sini.  Seronok tul raye kat kampung ari tu... dapat jumpa family,ipar duai...tapi yang sedihnyer...inilah 1st time kitorang beraye tanpa kehadiran Pak Mentua aku.  Dier meninggal tahun lepas, tak lamer lepas raye.  Tahun ni kitorang rase sunyi sangat... aku suke sangat borak-borank ngan dier... orang nyer peramah, suka bercerita... pemurah lagi tu... kalau kitorang balik kampung, pasti ader jer yang dier belikan untuk anak2 aku.  Kalau sebelum balik ke miri, angpow memang banyak dier bagi untuk diorang...tak kire raye ke tak raye...angpow dier mesti bagi...Dier suke cakap omputih ngan ank pertama aku sebab anak aku yang 1st tu memang tak berapa faham bahasa atuk dier...hehehe... Sedih bila teringat kat dier...Al-Fatihah untuknya...semoga rohnya tenang di sana...Amin...

Berbalik pada kisah suntik menyuntik yang jadi tajuk entri ni, aku sebenarnyer terkejut ngan post seseorang kat FB yang dengan selambernyer gitau die nak wat suntikan kolagen...die ni muslim...aku pon cari la kat google tentang hukum suntikan kolagen ni...dan ini jawapan yang aku dapat kat sini..>>>


Soalan

apakah hukum menggunakan suntikan vitamin C dan collagen untuk kecantikan?

Jawapan

Apa-apa suntikan yang bertujuan untuk kecantikan adalah dilarang oleh
syara'.

ni satu lagi artikel yang aku jumpa...


Bercanggah dengan hukum Islam

KUALA LUMPUR: Amalan mengambil pelbagai jenis suntikan atau pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah bercanggah dengan Islam jika dilakukan semata-mata untuk kecantikan tanpa memenuhi keperluan fitrah manusia.
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Mohd Azhar Abdullah, berkata dalam keadaan tertentu hukum perbuatan itu juga boleh menjadi haram.
“Jika melanggar fitrah manusia dan ia berlaku bukan secara semula jadi, hukumnya haram. Ada disebutkan dalam hadis bahawa perbuatan demikian salah di sisi agama Islam.
“Apatah lagi jika ia menyebabkan mudarat dan ‘kesakitan’ kepada individu yang mendapatkan rawatan, sedangkan mencukur dan mengukir kening pun tidak dibenarkan, apa lagi jika mengubah rupa bentuk asal kepada bentuk lain,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika seseorang melakukan rawatan tertentu untuk ‘merawat’ kecacatan seperti mulut sumbing atau ada kesan terbakar atau melecur pada muka, ia dibenarkan.(YANG MACAM NI BARU DIBENARKAN)
“Jika ia dilakukan dengan tujuan baik, tidak salah jika kita dapatkan rawatan susulan. Misalnya, jika seseorang itu bermasalah kerana mulutnya sumbing hingga menyebabkan suaranya sengau dan sukar bercakap, dia dibenarkan mendapatkan rawatan demikian.
“Apatah lagi jika membabitkan nyawa atau kematian, ia harus dilakukan supaya tidak menyebabkan kemudaratan kepada individu berkenaan. Namun kalau sekadar untuk suka-suka, lebih-lebih lagi meniru rupa seseorang, ia haram,” katanya.
Namun begitu, katanya, agama Islam sebenarnya ada keterbukaan dan tidak menghalang umatnya tampil menawan di khalayak ramai, tetapi ada batas dan perlu kesederhanaan.
“Islam membenarkan kita jaga kebersihan, malah kecantikan juga perlu dipelihara, tetapi ia perlu selari dengan kehendak dan garis panduan ditetapkan.
“Cuma yang dilarang jika ia membabitkan kosmetik atau bahan kimia yang dilakukan secara suntikan dan pembedahan yang menyebabkan perubahan dan ‘kerosakan’ pada wajah. Ia tidak memenuhi fitrah manusia kerana ia berlaku secara ‘paksaan’,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tindakan atau kesanggupan artis ‘menukar wajah’ didorong status diri mereka yang menjadi perhatian ramai.
Selain itu, katanya, tindakan nekad berkenaan dilakukan kerana artis menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan, sekali gus mahu mengekalkan kedudukan serta menarik perhatian ramai, sama ada peminat mahupun penaja.
“Artis mendapat sumber kewangan melalui kecantikan dan daripada segi psikologi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kekalkan kedudukan, mendapat penaja serta menjadi pujaan,” katanya.

Aku pelik ngan die ni yang tak rujuk hukum dulu sebelum buat bende2 camtu...die ni nak kate tak berpelajaran... sekolah tinggi...nak kate cacat...hensem jer aku tengok... semoga jadi iktibar dan peringatan untuk semua termasuk diri aku sendiri...


p/s:aku balik dari beraye kat kampung satu family demam selsema ngan batuk-batuk...ni pun belum sembuh lagi...huhu...korang semua camner?sihat ker?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...