Khamis, 10 November 2011

Petua/Cara menghilangkan bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih

Bintik-bintik putih dan hitam di wajah adalah disebabkan pori-pori tersumbat.  Terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran untuk mengatasi masalah ini, tapi tak semuanya berkesan.  Biasanya kalau ada yang berkesan pun, produk tersebut selalunya mahal.

Terdapat cara yang paling berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam.  Caranya ialah pergi ke pusat rawatan kecantikan.  Saya pernah mencuci muka di sebuah pusat rawatan kecantikan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam & putih di wajah.  Harganya agak murah iaitu hanya RM50.00 untuk sekali rawatan dan amat berbaloi kerana dalam masa 2 jam rawatan, semua bintik hitam/putih di wajah saya hilang.  Di situ, wajah saya dicuci dan diwapkan selama 15 minit.  Hampir semput saya dibuatnya.  Selepas diwapkan, diorang sedut bintik-bintik hitam di wajah saya menggunakan sejenis mesin yang ada tiub.  Seronok betul bila dah selesai rawatan, semua bintik-bintik hitam/putih dah tak ada.  Saya geli tengok tiub yang mengandungi bintik-bintik hitam/putih yang disedut menggunakan mesin tu.  Diorang cakap macam colgate sebab semuanya kan lemak/minyak yang tersumbat kat pori-pori muka.

Namun, beberapa bulan selepas rawatan... disebabkan saya sentiasa sibuk, saya sering terlupa untuk mencuci muka sebelum tidur.  Hasilnya...bintik-bintik hitam/putih di muka saya muncul semula.  Nak pergi ke pusat rawatan tersebut, diorang dah berpindah ke tempat lain dan saya tak tau kat mana.  Pusat rawatan lain pulak takde sediakan rawatan menyedut bintik-bintik hitam macam tempat tu...  Biasalah kat pekan kecik, pusat rawatan kecantikan pun tak banyak.  Setakat cuci muka je adalah.  Akhirnya saya terfikir cara tradisonal....dulu pernah buat tapi kurang berkesan.  Kali ni saya modified sikit dan kesannya lebih baik.  Bahan-bahannya juga mudah disediakan.

1. Kunyit hidup
2. Beras(goreng tanpa minyak hingga keperangan)
3.Putih Telur
4. Kain Kasa(gouze)
5. Kapas muka

Cara nak buat>>Tumbuk beras hingga hancur, masukkan kunyit hidup tumbuk hingga lumat, kemudian masukkan putih telur. Kacau sebati.

Cara nak guna: sebelum letakkan bahan campuran ni kat muka, wapkan muka dengan air panas terlebih dahulu supaya bintik-bintik hitam/putih tu mudah ditanggalkan dan pori-pori juga terbuka semasa diwapkan.  Masukkan air panas dalam mangkuk, tutup seluruh kepala dengan tuala, hadapkan di atas mangkuk.  Jangan biarkan wap keluar, jadi gunakan tuala yang tebal dan besar.  Wapkan selama 15 minit, kalau semput tu bukak tuala sekejap pastu wapkan semula muka anda...hehe...saya sendiri pun tak dapat tahan kalau 15 minit berterusan.  Selepas selesai mewapkan muka.  Letakkan kain kasa di seluruh wajah. (tebuk di bahagian hidung supaya mudah bernafas).  Kalau tak ada kain kasa yang besar, boleh guna yang kecil dan letakkan di muka dalam keadaan muka mendongak supaya kain kasa tu tak jatuh.  Sapu bahan campuran tu di muka(di atas kain kasa tadi). Koyakkan kapas muka menjadi dua bahagian supaya ia lebih nipis.  Tekapkan di atas bahan campuran yang telah di sapu kat muka tadi.  Biarkan kering. Kemudian tanggalkan dengan menarik kain kasa tadi perlahan-lahan.  Bintik-bintik hitam yang tanggal akan dapat dilihat di permukaan kain kasa tu.

Masa tarik memang agak sakit sedikit hehe...Ulang rawatan ni seminggu 3 kali, muka pasti akan lebih bersih dan licin.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...