Sabtu, 5 Oktober 2013

Menyesalnyeee!!! Kenapalah aku turutkan sangat kehendak Nawwar!

Kisah ni berlaku tiga hari yang lepas, betul-betul menjadi pengajaran yang amat pahit untuk aku dan En. Somi.  Hari tu kami bercadang nak keluar beli barang dapur, dah beberapa kali anakku yang sulung Nawwar meminta dibelikan makanan kegemarannya iaitu mi sedap, lagi pula minuman koko kegemarannya juga habis.  Jika dia tak dapat minum koko dalam sehari, alamat terpaksa tahan telingalah dengar dia menjerit-jerit, baling barang ke siling, kipas, pukul adik-adik dia.  Sebenarnya mi adalah makanan yang sebelah-bolehnya aku nak elak, koko pula, aku buat cair untuk dia jadi taklah pekat sangat.

Petang tu, kira-kira pukul 4.45 petang kitorang dah sedia nak keluar, tapi Nawwar lak beriya-iya nak main di luar dengan kawan-kawan dia.  Sehinggakan bila aku tanya, "you don't want to go out with us?"  dia jawab "no mom, i want to play, ada kawan"... pastu sempat lak dia buat aksi hitung ngan jari sambil sebut mom...friends, mom...friend... aku pun biarkan la dia keluar bermain, sebab kalau tak diturutkan, aku takut jadi benda yang sangat-sangat aku tak suka, mengamuk, pukul adik-adik, baling barang.  Jadi aku biarkan dia keluar, dan aku dan En. Somi yakin kami dapat balik awal sebelum dia balik ke rumah.

Tapi... aku terlupa yang hari kami keluar tu adalah hari bekerja, waktu kami keluar jugak waktu orang balik dari bekerja, jalan pun jam teruk.  Kami terpaksa menunggu agak lama untuk keluar dari kesesakan lalu lintas dan pergi ke stesen petronas untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM.  Selepas keluarkan duit, kami pun pergi la ke kedai tak jauh dari kawasan perumahan kitorang.  Waktu tu dah dekat pukul 6.  Aku dah risau bila pergi ke kedai kat situ tak jumpa pulak koko yang anak-anakku boleh minum.  Diorang tak boleh minum Vico langsung sebab kalau minum je memang demam la jawabnya.  Selalunya sampai seminggu baru sembuh.  Melko, Koko COOP 1 Malaysia & Oligo je boleh minum.  Kalau jenis lain ada yang boleh menyebabkan sembelit walaupun aku buat cair.  Bila pergi ke kedai Million Dailymart barulah jumpa Oligo, lega betul hati aku, tapi bila sampai kaunter, orang pulak ramai berbaris-baris, hati aku dah tak tenang.  Aku tau waktu tu Nawwar sepatutnya dah balik rumah.  Lepas bayar, aku masuk kereta dan En. Somi pun cakap, "cuba tengok pukul berapa sekarang, sepatutnya Nawwar dah balik rumah sekarang.  Aku cuma diam, hati dah berdebar-debar, rasa macam nak nangis.

En. Somi terus pecut kereta balik rumah, kami nampak basikal depan rumah tapi Nawwar takde.  Aku dah rasa macam nak pengsan, ke manalah dia pergi... Aku tanya jiran sebelah, dia cakap tadi ada dengar Nawwar nangis tapi tak tau dia ke mana.  Aku terus ajak En. Somi cari sepanjang jalan, mana tau dia jalan kaki cari kitorang.  Kami pusing seluruh perumahan tu cari, sampai ke kedai Boulevard tapi tak jumpa dia.  Asal nampak budak jalan kaki aku suruh suami aku berhenti sambil cakap "Bang! Nawwar agaknya tu bang!"  Aku dah tersedu-sedu, dalam hati nyesal sangat tak bawak dia sama tadi, pedulilah dia pukul adik ke, baling barang ke, daripada dia hilang macam tu je... Aku tak putus-putus berdoa supaya dia dijumpai, "Ya Allah, jika Nawwar dapat ditemui, aku akan puasa 7 hari Ya Allah..." tu je aku ulang-ulang... Air mata tak henti-henti mengalir... siapa tak sayang anak oii...! walaupun dia anak istimewa, dia tetap anak yang aku lahirkan dan aku jaga dari kecik sampai besar.

Aku rasa menyesal sangat sebab turutkan kehendak dia nak main ngan kawan-kawan dia, aku pergi rumah kawan-kawan yang selalu main dengan dia, semua jawab tak tau.  Adik jiran aku yang kat rumah sebelah bagitau dia dibawak kerumah jiran yang kat hujung sekali.  Aku nampak rumah tu pagarnya dah berkunci, aku panggil-panggil takde sesiapa pun yang jawab.  Pelik sangat sebab selalunya kalau aku panggil, cepat je dia keluar.  Kali ni macam takde respon langsung.  Aku pegi rumah sebelah minta tolong diorang panggil dari dapur tapi takde jawapan.

Pastu aku pergi rumah tempat dia selalu main, rumah yang berdepan ngan rumah yang adik jiran aku bagitau tu, aku tanya no. telefon, dia boleh pulak cakap tak tau sedangkan dah bertahun-tahun berkawan, tiap petang lepak sama-sama depan rumah.  Diorang ni kawan rapat sebenarnya, sama dengan jiran sebelah aku yang tadi bagitau tak tau Nawwar pegi mana lepas dengar dia menangis.  Aku gelar diorang ni 3 serangkai sebab terlalu rapat.  Aku ada no. telefon jiran aku yang rumah hujung tu cuma tak pasti dia masih guna no. tu ke tak.  Aku call berkali-kali tapi tak dijawab, pastu selepas berbelas kali call tiba-tiba tak dapat dihubungi.  Dalam pada tu, kene lecture la aku, "Lain kali jangan tinggalkan anak, bawak sekali walaupun dia tak nak ikut!"  Teringin nak jawab tapi aku dah malas nak explain masalah behaviour anak aku yang menyebabkan aku tak bawak dia tadi.  Pok pek pok pek dia marah aku.  Pastu anak bongsu dia yang baru pandai bercakap sikit-sikit tunjuk rumah depan diorang.  Aku tanya, nampak Nawwar tak? "Ada cik, dia di rumah cik sana"... sebab dia cakap terlampau pelat, takut aku salah faham maksud dia, aku tanya jiran aku yang marah aku tadi, dia sebut apa?  "Entahlah, bukannya dapat faham pun dia cakap apa..."  melalui jawapan tu aku dah rasa pelik... sedangkan anak dia dah cakap macam tu dia masih bagitau tak faham.

Pastu dengan nada menyindir dia suruh anak-anak dia cepat bersiap sebab nak keluar.  Anak perempuan sulung dia yang nak ambik SPM tahun ni sempat gak menambah... "alamak, semua orang keluar, tinggal la aku sorang-sorang"  Memang diorang ambik kesempatan nak bubuh aku cukup-cukup.  AKU TAU AKU SALAH TAPI AKU ADA SEBAB BUAT CAMTU!  kalau diorang ingat begitu mudah nak pujuk sorang budak yang ada Autisme tantrum...diorang patut fikir sebelum cakap... Sepatutnya dalam perancangan kami, kami sempat balik awal sebelum Nawwar balik... tapi, sebagai makhluk, aku tau Allah sebaik-baik perancang.  Malas nak dengar dia membebel lagi aku pergi rumah tadi, panggil dengan kuat, tapi tak dijawab, pastu aku minta tolong jiran sebelah rumah tu panggil dari dapur sekali lagi, mana tau dia ada kat dapur...  itupun tak berjawab... Ya Allah! aku rasa sedih sangat, dahlah tadi puas menangis...

Lama menunggu, aku pergi rumah jiran yang bagi info tadi tanya no.telefon, tapi dia pun takde no.telefon jiran hujung tu.  Suami aku pun turut memanggil, lama lepas tu baru dia keluar, dengan wajah penuh aura membunuh, matanya dibulatkan.  Terus dia pergi jumpa aku dengan suara yang kuat dia marah aku, "Ingat! lain kali jangan tinggalkan anak!  Kesian dia tadi menangis tau! aku bawak dia pegi rumah aku sebab kesian! Aku dah bagi anak engkau makan tadi!" sambil tu anak dia pun tunjuk la sepinggan mi sedap yang diorang tengah makan tadi.  Jiran sebelah dia terlopong tengok dia marahkan aku macam tu.  Nawwar lak dengan happy panggil aku "mak! mak!"  Aku terus rasa sangat lega hinggakan tak bagi perhatian pada orang yang membebel depan aku.  Biarlah emak dimarah depan orang macam ni, asalkan Nawwar selamat, lagipun salah mak yang tak bawa Nawwar tadi... Seronok betul kawan rapat dia tengok aku ditengking dengan penuh bergaya.

Bila dia dah puas membebel, aku tanya dia, :"marahkah?" (apa punya soalan yang aku tanya).  "taklah marah, jangan tinggalkan anak lagi macam ni!" hmm aku teringin sangat nak gtau, aku bukan suka-suka tak bawak dia tadi...tidak..aku ada sebab yang semua orang takkan faham..  Aku tengok kawan rapat dia (rumah yang berdepan ngan rumah dia) senyum sinis, diorang bangga malukan aku macam tu... terima kasih, walaupun sebenarnya korang boleh cakap dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara...terima kasih sebab jaga anak aku.  Walaupun sebenarnya korang bertiga tau aku terpekik terlolong panggil kawan korang tu nak tanya Nawwar ada kat rumah dia atau tak, korang pura-pura tak tau.  Aku tau niat korang nak bagi pengajaran kat aku... Lepas aku mintak maaf sebab menyusahkan dia, aku dan suami balik rumah.  Suami aku terus gtau jangan suruh Nawwar main kat luar lagi walaupun dia mengamuk.

Aku sedar aku salah dalam kejadian hari tu...  wahai 3 serangkai, korang selalu gtau aku macamana nak didik anak, selalu suruh aku bawak anak-anak aku main kat luar dengan anak-anak korang.  Korang pernah tegur aku sebab tak jaga Nawwar masa main-main kat luar dengan anak-anak korang waktu petang.  Aku pernah cuba jaga 5-7 kali, aku tau sikit sangat 5-7 kali tu.  Korang suruh bawak sekali adik-adik dia yang hyper tu.  Dalam masa 5-7 kali tu, aku tak dapat tumpukan perhatian pada Nawwar, adik-adik dia dah lari sana sini, kacau barang permainan anak-anak korang, aku takut anak-anak korang marah, aku pun takut korang marah sebab anak aku kalau dia suka sesuatu diorang akan menggelupur kalau benda tu diambil.  Lagipun Diyanah suka mencakar muka orang sampai berdarah, kalau anak-anak korang kena macamana?  Tiap kali bawak diorang keluar aku gerenti asthma sebab letih kejar diorang, tapi korang cuma ketawakan aku dan cakap biasalah budak-budak...  Korang tak tau tiap kali aku asthma, aku rasa nak pitam... rasa macam takde oksigen je.  Lagi satu, kalau korang tak pernah hidup bersama dengan anak-anak Autisme, jangan mudah menilai orang lain sesuka hati...

Sebab tu aku tak suka keluar rumah, tak suka lepak ngan korang lagipun dah serik sebab pernah dengar korang bergusip...aku terus lari, bukan bermakna aku sombong...  Tiap kali aku tercungap-cungap kejar adik-adik Nawwar, takde pun korang tolong, korang rilek je macam takde apa.  Korang selalu gtau aku, salah cara aku tak biarkan anak aku keluar bermain dengan anak-anak jiran, korang tak tau yang anak aku nak adapt persekitaran ambik masa yang lama.  Nawwar dulu 2 tahun masuk tadika sebab nak biasakan dia dengan orang lain, tapi...apa yang terjadi sepanjang 2 tahun tu dia sembunyi kat sudut bilik bawah meja.  2 tahun tau! Baru dia nak berkawan, itupun mula-mula dulu cuma kawan dengan sepupu-sepupu dia je, dengan orang lain dia takut.  Korang memang selalu dengar aku jadi tarzan, bukan bermakna aku mendera atau marah diorang suka-suka, kalau dah buat benda yang sama berulang-ulang macam panjat atas tv, siram air dekat lampu, cakar adik, pukul sesama sendiri, baling barang permainan ke siling, ketuk dinding, baling mangga kunci yang besar dan berat tu kat kepala, hantuk kepala kat dinding macam takde rasa sakit... korang fikir dapat ke cakap slow-slow sedangkan cakap slow pun diorang sengih-sengih sambil buat benda yang sama lagi dan lagi...

Last sekali, AKU TAU AKU SALAH, walaupun rasa malu sebab ditengking depan jiran-jiran, selepas sehari baru aku terperasan, sejak berkawan, Nawwar pernah marah aku dengan perkataan F**K YOU! semata-mata sebab aku lambat buat kuih siput kegemaran dia.  Nawwar pernah cakap adik dia macam tu jugak, cakap adik dia bodoh, paling ngeri hari tu lepas balik bermain dia bercakap sorang-sorang, "Nawwar and ***A (malas nak tulis nama anak dia) kiss... chupp!"  Ya Allah lepas dengar tu memang aku rasa nak pitam, tapi aku masih tak nak berburuk sangka masa tu.  Sekarang dengan kejadian terbaru ni, aku yakin, itu mesej Allah untuk aku... dia sayangkan aku dan anak-anak aku.  Anak-anak aku lurus, apa yang orang cakap, itulah yang dia ikut dan buat.  Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya hikmah dari kejadian ni sangat-sangat besar.  Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen la sikit...