Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2011

Fatwa Tegah Pembinaan Tugu 1 Malaysia

Awal pagi lagi saya dah merayau-rayau(tengok berita online dan jenguk2 blog orang...hehe...).  Terpaku sejenak bila tengok tajuk ni.  



Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

NONEKeputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.



Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

p/s:nak tengok video pasal ni? >>>http://www.facebook.com/video/video.php?v=1552848679978

Rabu, 11 Ogos 2010

Kes dera dan bunuh Syafiah Humaira: Fazli diarah bela diri

12/08/2010 10:24am

SHAH ALAM 12 Ogos – Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 3, di sebuah padang bola pada Februari lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd. Fazli memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi mulai 16 Ogos ini.

Mohd. Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selasa, 10 Ogos 2010

Kursus palsu: Lebih 2,000 kes dilapor

KUALA LUMPUR - Nasib malang ramai pelajar ditipu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seharusnya menjadi pengajaran kepada pelajar lain yang bercita-cita melanjutkan pelajaran.

Berdasarkan maklumat daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), sejak 2007 sehingga Mei lalu, sebanyak 2,192 aduan diterima oleh pihaknya berhubung pelbagai jenis penipuan di IPTS.

Kebanyakannya adakan berkaitan status pengiktirafan kursus yang diambil termasuk penipuan kononnya mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Itu baru yang diterima oleh FOMCA menerusi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Dipercayai lebih ramai lagi pelajar yang tertipu tetapi keberatan untuk tampil membuat aduan.

Setiausaha Agung FOMCA, Muhammad Shaani Abdullah berkata, antara aduan daripada pelajar ialah mengenai iklan mengelirukan mengenai program ditawarkan IPTS berbanding sehingga akhirnya menyedari mereka tertipu.

"Rata-rata aduan adalah berkaitan penipuan IPTS khususnya yang memperdayakan maklumat berhubung status pengiktirafan.

"Sehubungan itu, kami merayu dan menasihatkan semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian supaya menyiasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah IPTS," katanya yang juga Pengarah NCCC.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihaknya menerima purata lapan aduan sebulan berhubung penipuan oleh IPTS.

"Ini meliputi kes-kes program pengajian tidak diiktiraf, pembiayaan yuran pengajian mahal, penipuan tenaga pengajar serta kekurangan fasiliti.

"Aduan paling banyak berkaitan pengiktirafan terhadap sijil, iaitu tiada akreditasi daripada MQA," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Jacob mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi lebih proaktif mengatasi masalah IPTS yang menawarkan kursus-kursus tanpa akreditasi serta 'tawaran-tawaran program palsu'.

"Tindakan ini akan memberi teladan kepada semua pihak untuk lebih berwaspada menjalankan perniagaan serta menjadi panduan kepada orang awam memilih IPTS yang terbaik buat anak mereka," katanya.

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata

MENGGENGGAM segulung ijazah untuk melangkah ke alam pekerjaan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap siswazah. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama swasta (IPTS).
Namun, bayangkan betapa luluhnya hati apabila mengetahui diploma atau ijazah di tangan sebenarnya tidak diiktiraf di negara ini.

Universiti awam tempatan dan di negara maju seperti United Kingdom (UK), New Zealand dan Australia turut menekankan pengambilan pelajar yang sijil mereka mempunyai akreditasi bagi menyambung pelajaran.

Persoalannya, adakah IPT khususnya IPTS beroperasi sekadar mengaut keuntungan sehingga mengabaikan kualiti pendidikan serta memperjudikan nasib ribuan penuntutnya.

Awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan.

Pesanan jangan mudah terpedaya dengan tawaran kursus di IPTS ini perlu dihebahkan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Fenomena yang sering berlaku adalah IPTS ‘menjaja’ kononnya memiliki akreditasi sedangkan mereka hanya menerima akreditasi provisional atau sementara yang diberi MQA selepas penilaian awal.

Sedangkan, maksud kursus diiktiraf adalah memiliki akreditasi penuh daripada MQA sebelum kumpulan pelajar pengambilan pertama menamatkan pengajian.

Ada juga IPTS menipu dengan mengabui mata pelajar dengan mempromosi pengiktirafan MQA walaupun ia untuk kursus tertentu bukan keseluruhan yang ditawarkan.

Oleh itu, luangkanlah masa menyiasat latar belakang IPTS dan program yang ditawarkan. Fikirkan bahawa memiliki sijil yang tidak diiktiraf membuatkan anda tidak ‘laku’ di pasaran pekerjaan.

Malah, sijil, diploma dan ijazah di tangan nanti tidak boleh digunakan jika berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Fakta MQA, sejak 1998 sehingga 1 Jun lalu, 413 program yang ditawarkan 158 IPTS ditolak permohonan akreditasi penuh mereka.

Jika dianggarkan setiap program mempunyai 100 pelajar, maka lebih untunglah mereka.

IPTS ‘berpesta iklan’ tawar kursus sijil, diploma dan ijazah dengan bayaran murah. Tetapi banyak yang menipu kononnya sudah dapat akreditasi penuh MQA.

Bas pelancong terbalik, tiga rakyat Jepun maut

11/08/2010 2:55am

CEDAR CITY, Utah 11 Ogos - Pihak berkuasa tempatan berkata, sebuah bas pelancongan yang membawa pelawat Jepun dari Las Vegas ke sebuah taman negara di Utah terbalik di Interstate 15, menyebabkan tiga penumpang terkorban.

Menurut laporan, 12 mangsa telah dibawa ke hospital di bandar Cedar dan beberapa hospital lain termasuk mereka yang mengalami kecederaan parah.

Jurucakap lebuh raya Utah, Cameron Roden berkata, bas tersebut bergerak menuju taman negara Bryce Canyon ketika membelok kemudian terbalik pada 6.40 petang waktu tempatan semalam, sekitar enam kilometer dari utara bandar Cedar.