Sabtu, 25 Jun 2011

Kek Simple Menggunakan Minyak Masak

Hari tu saya dah sharekan resepi untuk membuat doh roti menggunakan minyak masak.  Kali ni saya nak kongsikan resepi kek menggunakan minyak masak pulak.  Kek ni sedap berbanding jika menggunakan marjerin/butter.  Kalau yang guna marjerin/butter tu, makan 2-3 potong dah rasa muak.  Kek ni pulak kalau dah makan 2-3 potong pun tak rasa muak...(bagi saya la)malahan rasa nak lagi...nak lagi dan lagi hehehe.  Kek ni kakak sulung saya yang bagi, dia dapat dari sepupu kitorang.  Kat bawah ni resepi dia.


Kek minyak masak.

Bahan2.

5 biji telur (saya tambah lagi 2 biji telur jadi 7,kek ni jadi bertambah lembut)
2 gelas tepung gandum(tau kopi indocafe?kopi yang harga RM4++ tu,gelas tu paling sesuai digunakan)
1 gelas gula
1 gelas minyak masak
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette.

Cara2

Pukul gula dn telur smpai kembang & ringan. Masukan tepung sikit-sikit sampai habis. Masukkan baking powder, bicarbonate of soda dan ovalette. Last sekali masukkan minyak dan kacau rata.  Lepas tu masukkan pewarna yang anda suka. Bakar sampai masak.(saya guna oven pensonic guna suhu 160o) selama 45 minit.  dah siappp!!! mudah kan?
p.s: cucuk ngan lidi kalau nak tau dah masak ke belum kek tu..hehe


ni gambar sebelum dibakar



yang ni dah masak

dah masak...:p

8 ulasan:

  1. tak letak susu ker...setengah resepi saya tengok menggunakan susu pekat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama pon kek simple. ada je tak letak, or mmg xnk letak susu. sbb malas g beli. huhuhuhu

      Padam
  2. Bahan mcm x cukup je

    BalasPadam
  3. Sy dah buat memang menjadi.tq resepi yg mudah Dan murah.sy bakar guna magic pan.

    BalasPadam
  4. kalau takde ovalette caner eh

    BalasPadam

komen la sikit...